fbpx

Diana Amir Pula Muncul Dengan Imej Bertudung, Sudah Menjadi Trend?

Baru semalam kami khabarkan penghijrahan penyanyi Siti Nordiana ke dunia yang lebih baik.

Hari ini, berita tidak rasmi kami terima melalui Forum Cari yang di’sampaikan oleh Wardina Safiyyah di laman Facebook beliau.

Wardina Safiyyah mengucapkan ‘selamat datang’ kepada Diana Amir di Facebook atas keputusan Diana Amir untuk memakai tudung secara tetap selepas ini.

Kenyataan itu keluar lebih kurang tiga jam yang lalu dan semestinya sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Diana Amir sendiri.

Diana Amir sebelum ini di’kenali dengan imej yang agak seksi terutama selepas beberapa keping gambar sosial beliau tersebar sekitar tahun 2009 dahulu.

Kami harap perkhabaran ini benar & imej bertudung Diana Amir akan kekal bersama beliau sehingga bila bila. Perubahan itu baik sebenarnya. Stay tuned!