fbpx

Ira Kazar Hamil, Syamsul Yusof Pula Alami Alahan?

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai khabar angin mendakwa Ira Kazar hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan pengarah terkenal Syamsul Yusof.

Namun tiada pengesahan daripada mana-mana pihak termasuk Syamsul mahupun bapa Ira iaitu pelakon Kazar Saisi.

BACA: Aliff Syukri Geram Dikecam Bagi Job Dekat Ira Kazar Jadi Model Tudung

Terbaru, memetik HibGlam segmen Diva, menurut sumber Ira dikatakan sedang hamil anak sulung namun tidak diketahui usia kandungannya itu.

Sumber juga memberitahu Syamsul juga turut mengalami alahan sepanjang temph kehamilan isterinya itu dan disebabkan itu juga pengarah itu ‘sepi’ seketika di media sosial.

Jika benar dakwaan berkenaan tahniah diucapkan buat pasangan tersebut. Apa pun sama-sama kita nantikan kesahihan mengenai perkara itu.

SUMBER: HibGlam