fbpx

Gambar: Eira Syazira Dan Azad Jasmin Selamat Disatukan. Tahniah!

Alhamdulillah. Eira Syazira & Azad Jasmin telah selamat di’ijabkabulkan sekitar jam 9 malam tadi dengan sekali lafaz. Gambar di’atas adalah gambar pertama yang kami terima.

Majlis pernikahan Eira Syazira & Azad Jasmin ini berlangsung di kediaman keluarga Eira Syazira di Putrajaya dan majlis ini bertemakan cermin & kristal dengan warna merah, putih & perak (silver).

Tahniah buat Eira Syazira & Azad Jasmin dari kami di Rotikaya HQ. Semoga perkahwinan mereka di’restui semua pihak dan berkekalan hendaknya.

Kami akan membawakan gambar gambar terbaru majlis pernikahan mereka malam ini, jika ada secepat mungkin. Gambar nan sekeping di’atas terima kasih Nurul Izza.

UPDATE-1: Lagi gambar pernikahan Eira Syazira & Azad Jasmin selepas ini. Enjoice!