fbpx

“Mohon Doa Supaya Allah Permudahkan Segala Urusan Saya & Anak-Anak”

Pelakon Irma Hasmie memohon agar semua pihak mendoakan agar dipermudahkan segala urusannya dengan anak-anak selepas hangat diperkatakan mengenai dakwaan suaminya, Redza Syah Azmeer sudah berkahwin baru.

Memetik Harian Metro, Irma bagaimanapun enggan bercerita lanjut mengenai berita itu sebaliknya memaklumkan dia berada dalam keadaan baik sahaja.

BACA: Suami Irma Hasmie Kongsi Foto Kahwin, Hubungan Dapat Restu Keluarga

“Mohon doa supaya Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak serta Allah jaga dengan Rahmat-Nya.

“Doakan moga Allah beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur. Apa yang yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak),” katanya.

Ditanya mengenai status perkahwinannya dengan suami, Irma bagaimanapun tidak menjawab sama ada masih bergelar isteri atau sudah memilih jalan perpisahan.

Semalam, Redza dilihat memuat naik gambar perkahwinannya serta mendoakan agar orang ramai dipertemukan dengan kebahagiaan yang dicari.

SUMBER: Harian Metro