fbpx

Suami Irma Hasmie Kongsi Foto Kahwin, Hubungan Dapat Restu Keluarga

Suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer mengejutkan ramai apabila berkongsikan foto pernikahannya bersama wanita pilihan hati di Instagram miliknya.

Redza berkata dia kini mahu memberi fokus kepada keluarga serta masa depan bersama isteri baru yang dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.

BACA: “Saya Selesa Sesetengah Hal Tidak Diceritakan Kepada Umum” – Irma Hasmie

“Perjalanan baru sudah bermula, akan lebih memberi fokus kepada keluarga, kerjaya dan masa depan bersama. Jazakumullahukahir untuk semua doa. 

“Semoga Allah makbulkan segala doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari, Ameen,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran lain Redza memberitahu hubungan tersebut mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak serta memuat naik gambar ketika mengikat tali pertunangan.

“Penyatuan dua keluarga. Keluarga telah merestui perhubungan ini…Let’s make it proper,” tulisnya.

Pada Ogos tahun lalu, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan dilanda badai selepas dilihat jarang memuat naik gambar bersama.

Bagaimanapun, Irma enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut serta tidak mahu bercakap mengenai soal peribadinya dan berharap netizen tidak membuat andaian mengenai perkongsiannya di Instagram.

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata.

SUMBER: mStar Online