TS: Aaron Aziz Makan Kek, Fasha Sandha Hafal Skrip, Tiz Zaqyah Atas Basikal & Kila Fairy

Anda perlu akui yang tajuk Twitter Selebriti kali ini sendiri sudah epik sifatnya — belum anda lihat isi kandungan entri ini lagi.

Kenapa Twitter Selebriti muncul di hujung minggu bukan’nya awal minggu seperti selalu — kerana anda semua akan sibuk dengan keputusan Anugerah Juara Lagu ke 26 Isnin nanti untuk peduli.

Jadi, tanpa membuang masa hatta sedetik cuma, apa yang kita ada untuk edisi Twitter Selebriti kali ini? Kita ada aksi Aaron Aziz yang cuba menjadi comel bergambar bersama sepotong kek.

Kita juga ada gambar santai Yuna ketika zaman muda dan ketika beliau terima ang pao bersempena Tahun Baru Cina baru baru ini. Juga Fasha Sandha dengan imej kampung menghafal skrip. Enjoice!  Teruskan Membaca

Gambar: Fasha Sandha Sekitar Sidang Media ABPBH & Nafi Bernikah Di Thailand

Rasa’nya ketika ini semua sudah sedia maklum tentang selebriti mana yang tersenarai dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 (#ABPBH25).

Salah seorang selebriti yang boleh di’katakan menjadi tumpuan media petang semalam adalah Fasha Sandha yang tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Paling Popular untuk kali ini.

Fasha Sandha pernah memenangi kategori tersebut pada tahun 2005, 2006, dan terbaru 2010.

Sempat bertemu sekejap dengan Fasha Sandha kami ajukan satu soalan tentang gossip yang mengatakan beliau sudah bernikah di Thailand bersama kekasih beliau kini, Rizal Ashram (Jejai). Dan, Fasha Sandha lantas menafikan perkara tersebut.

Menurut Fasha Sandha, beliau tidak faham bagaimana gossip sebegitu boleh timbul sedangkan beliau sudah beritahu media jika sampai masa’nya, segala yang perlu peminat tahu akan di’dedahkan.  Teruskan Membaca

Gambar: Di Sekitar Sidang Media Penanggal, Filem Pertama Arahan Ellie Suriaty

Filem ini seperti menjanjikan sesuatu dek kerana senarai pelakon yang terlibat dan lebih penting, arahan Ellie Suriaty.

ADS: Menangi barangan eksklusif filem Jack & Jill. Hanya komen dan menang. Buka 29 Disember 2011.

Petang tadi berlangsung’nya satu majlis sidang media untuk filem Penanggal di Restoran al Andalus, Kuala Lumpur.

Filem Penanggal ini merupakan filem kerjasama pertama antara Astro Shaw & Grand Brilliance dan yang juga filem arahan pertama oleh Ellie Suriaty.

Sidang media ini turut di’hadiri oleh barisan pelakon yang bakal menjayakan filem Penanggal seperti Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Fasha Sandha, Zul Ariffin dan Norman Damanhuri. Teruskan Membaca

Gambar: Maya Karin & Fasha Sandha Bersatu Untuk Cover InTrend Disember

Susah sebenarnya untuk keluar dengan ayat berunsur berita apabila apa yang ada hanya’lah sekeping gambar.

Dua aktress popular Malaysia, Fasha Sandha & Maya Karin telah berjaya di’satukan sebagai penghias kulit edisi terakhir InTrend tahun ini.

Kami belum sempat untuk menatap edisi terbaru ini yang mungkin belum pun berada di’pasaran namun dengan membaca headlines, kedua dua mereka ini mungkin berbicara soal cinta sepanjang 2011.

Maya Karin pastinya akan berkata beliau jatuh cinta dengan dunia backpacking yang menjadi agenda utama beliau sepanjang 2011 & Fasha Sandha masih tidak akan mengaku kembali bercinta dengan bekas kekasih.

Itu hanya andaian kami. Dapatkan naskah terbaru InTrend anda secepat mungkin apabila ia’nya berada di pasaran nanti. Kepada InTrend, mahu alamat pejabat kami untuk hantar naskah percuma? #LOL Teruskan Membaca

Eh, Saudara Angkat Fasha Sandha Meninggal Dunia Kemungkinan Dibunuh?

Semalam kami ada membaca tentang berita jenayah yang melibatkan seorang mangsa bunuh yang di’katakan mempunyai kaitan dengan seorang selebriti popular. Tidak pula kami ambil pusing.

Namun, penulis blog jenayah On-D-Scene menulis yang beliau terlihat kelibat Fasha Sandha & Lena AF9 berada di Bilik Mayat Pusat Perubatan UKM.

Lelaki yang di’syaki mati di’bunuh ini di’kenali sebagai Mazlan Mohamad berusia 29 tahun dari Semporna, Sabah — yang juga anak angkat kepada ibu Fasha Sandha, Halijah Teh Man.

Menurut Fasha Sandha, Mazlan Mohamad merupakan seorang yang rapat dengan keluarga mereka dan kehilangan lelaki ini merupakan sesuatu yang besar buat keluarga mereka.

“Saya tidak menyangka arwah pergi dalam keadaan seperti ini dan berdoa agar di’tempatkan di’kalangan orang beriman,” kata Fasha Sandha kepada wartawan di’lokasi. Teruskan Membaca