Kalau kami berada dalam situasi Nora Danish pun boleh naik kemarahan selepas terperangkap dalam lif tanpa bantuan daripada pihak hotel yang bertanggungjawab. Pelakon itu baru baru telah meluahkan rasa tidak puas hati beliau di Instagram.

BACA: Nora Danish Menolak Tawaran Ratusan Ribu Ringgit Demi Palestin

Menurut Nora Danish beliau bersama kakaknya Nadya, Zarema Zainal isteri kepada Aidil Zafuan dan juga seorang pengawal peribadi Nedim Nazri telah terperangkap dalam sebuah lif di hotel Legoland selama sejam dan pada 30 minit pertama tiada siapa yang datang membantu.

“Selama 10 minutes my sister Nadya yang berada dalam lift itu tekan button merah baru ada orang jawab. Can you imagine??? They went for a break katanya dan tiada ganti yang jaga dan monitor? Mereka kata dah banyak kali terjadi kes sebegini!”

“Perkara ini tidak boleh dibuat mainan kerana dibuatnya orang didalam itu sesak nafas? Budak kecil? Orang tua? Dah la lift dia bising dengan lagu dan juga lampu berkelip. Memang pening la sesiapa yang stuck dalam lift, bila suruh hentikan lagu dan lampu kerana risau memeningkan my pregnant friend adn my sister yang asthma itu, mereka kata tidak boleh”

“Bodoh! Lego Hotel adalah hotel paling bahaya dan paling teruk pernah saya pergi. Bayangkan kalau ada kebakaran mmg tiada siapa yg datang selamatkan. Semua lembab,” tulisnya.

Mungkin hotel Legoland boleh jawab apa masalah sebenarnya yang terjadi sehingga kakitangan sendiri mengakui perkara ini sudah banyak kali terjadi. Jangan tunggu ada tragedi baru melatah mahu perbetulkan keadaan ya tidak? (rtky/m)