Nora Danish Elak Bersentuhan Dalam Filem
Pelakon Nora Danish yang membintangi filem terbarunya, Gudang Kubur arahan Eyra Rahman mendedahkan dia cuba elak adegan bersentuhan dengan pelakon Faizal Hussein yang turut sama membintangi filem berkenaan. Dia yang sebelum ini mempunyai pengalaman ditegur isteri artis tidak mahu lagi perkara tersebut berulang kembali.
“Sebenarnya Nora sejak ada pengalaman lepas berlakon Nora trauma sampai nak photoshoot pun Nora tak pegang dia sampai nampak kekekokan itu. Tapi abang Faizal pun buat lawak cakap tak apa, isteri dia okay dan faham kerana kerja”
“Itupun Nora cuba hadkan setelah apa yang berlaku elakkan benda-benda yang berpegangan sebab kadang-kadang isteri orang kita tak tahu perasaan dan hati mereka. Jadi bagi Nora, lepas ini kita lebih mainkan hati, cara pandang itu dan pergerakan bahasa badan,” katanya yang ditemui semasa tayangan perdana filem Gudang Kubur kelmarin.
BACA: Masuk Tahun 2015, Nora Danish Idam Genggam Anugerah Berprestij
Sementara itu, baru-baru ini putera Nora Danish, Rayqal telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-6. Sebagai ibu Nora Danish melihat anak sulungnya itu kini lebih bersikap tanggungjawab dan penyayang kepada ahli keluarga dan saudara.
“Nora pun terkejut sebab dia sudah enam tahun. Dia tak minta benda-benda yang lebih atau di luar kawalan. Alhamdulillah makin dia membesar dia tak minta permainan dan dia sendiri sudah tidak kisah. Di rumah pun mainan sudah banyak”
“Cuma Nora rasa dia membesar menjadi orang yang bertanggungjawab dan penyayang. Mungkin Alhamdulillah doa orang ramai sebab itu kadang-kadang apa yang Nora lalui orang akan bercakap dan itu juga sebagai doa daripada peminat. Dia juga jadi seorang abang yang penyayang, jaga adik-adik, dan saudara-saudara dia,” tambahnya. (rtky/hfz)
podah u
“Itupun Nora cuba hadkan setelah apa yang berlaku elakkan benda-benda yang berpegangan sebab kadang-kadang isteri orang kita tak tahu perasaan dan hati mereka”.
hey nora. kalau kau laki ke bf kau ke kena pegang, kau pun jealous kan? tak tahu perasaan dan hati mereka konon.
“Luar filem pasti boleh”,sambung Nora. Puiiiiiiii!!!!!
Lawa nye nora nie kiut… Ape2 pun gud luck n bahagia disamping org tersyg…
emm..susah klu berlakon ngn org dah berkahwin nii..pgang sikit bini cemburu . dah name pon berlakon.. dh nk kahwin ngn pelakon , kena fhm la kerja laki tuu
Tak jugak sebenarnya.. Kat tv alhijrah.. Ade jugak cerita pasal kahwin, bercinta tp xde pegang2 pon.. Pelakon pon pakai elok2 je…walau dom umah pon bertudung.. Xde scene laki bini tdo atas katil pon… Maknanya kalau nak buat cerita yg betol2 mnjaga maruah boleh je…org tgok pon respect..
Tp kalau dah namenye kite ni manusia mmg suke yg lagha… Si isteri tu pon kalau diri xsempurna mane jgn la demand bkn2 drp si suami yg bergelar pelakon..
Baguslah..next!!!
Ok la tu, hal dia bersentuhan ke mende ke kat luar tu hak peribadi dia, aku rasa at least dia tau jaga sensitiviti bini2 pelakon lain. As long as bini2 pelakon pon paham tugas berlakon mmg dah kena mcm tu kan so kalau x nak laki ko pegang org suruh je cari keje lain. Husbands pon kena jaga hati bini, contoh mcm laki wawajenal tah aku x ingat nama, tp sangat appreciative la… walaupun personally aku mmg x suka cara dia yg hipok gile. Tp mcm FK plak aku tgk secara publicly dia byk post gambar dengan artis2 pompuan tapi ngan bini sendiri mcm hambar plak… walaupun hal rumahtangga tu hal peribadi yg maybe dia x nak tonjolkan kat public but kalau dia x nak post gambar dgn DD better x yah la post gambar dgn artis pompuan lain… Gossip melibatkan DD pun dia boleh cakap “Thats not my business”… no wonder pompuan tu melenting tgk gambar ND pegang tgn laki dia… just pendapat aku jela, FK, bini ko tu tak kurang cantik jugak orgnya. P/s: aku open dgn kritikan cemuhan makian yg korg akan reply sbb everyone ada bakat jadi kibod warrior kan, best tgk org kita suka menghentam org lain yg ada berlainan pendapat.
here i am, nak reply your comment. kalau ikut my personal opinion, DD tak tergolong dalam kategori cantik walaupun dia tu ada mixed blood.compared to ND, ND lg comel.lain org lain taste kan? anyhow, kata org, cantik itu subjective :P
A wet muda! Comel wpon dh 33 thn.
yelah tu Nora.
manusia hypocrite!
sama je dengan Nedim
konon buat post nak unblock peminat, tapi tak ada nya unblock.
tipu je lebih.
saja nak tunjuk konon IG ada masalah.
IG Kim K tak ada pon masalah. lagi banyak follower. tak ada nya kena block bagai
#HYPOCRITE#
Yang PenTing KiTe EnJooooyyyyyyy…….. Hehe….
make sure ngan nedim pon jgn bersentuhan tau….belum halal……apa nyer statement
ngan faizal yg dah boleh jadi pakcik elakkan bersentuhan lah…ngan adi putra kemarin…mengalahkan laki bini…..ada jaga sensitivity bini adi….apa nyer statement
tu nora jadi macam miss niza.. sudah berubah menjadi seorang muslimah yang disegani masyarakat. sudah tidak memakai baju ketat2, tak lagi bebas menyanyi sini sana dan membuat perniagaan berlandaskan islam. Nora sudah banyak berlakon dan kumpul duit. Sudahlah dieksploitasi oleh produksi filem yang nak raih keuntungan dengan memaksa nora berlakon seksi dan intimate dengan artis lelaki. Anak pun dah besar. mungkin esok2 dia akan tak suka lihat ibunya berlakon seperti ini lagi. fikir2lah. rasa2 kalau nak kahwin nanti pun, suami dan bakal mentua pun tak akan suka nora bebas berlakon lagi. ubahlah demi masa depan mu dan anak.
Bersentuhan dengan ajnabi disebabkan kerja?? Ahaha.. kedengaran lucu.. nak kata tak pandai dia ni artis,, ta ape lah .. apa yang boleh dikatakan .. lelaki atau perempuan yang tidak mempunyai hubungan yang sah apabila brsentuhan adalah haram sama sekali .. takkanlah KERJA lebih lebih penting dari AGAMA.. saya ada dengar satu cermah.. jika pelakon yng berlakon dalam suatu drama.. tidak mnutup aurat atau mlakukan maksiat maka semua yng terlibt dalam shooting uhh berdosa.. tambah tambah director.. harap pham. nak kasi tau bnyk lagi.. nanti orng kata bajet alim.. ta pe lah .. bajet alim unn bajet alim lah .. saya just na negor .. kita sama sama islam .. kita as a human ta leh ubah peraturan agama.. kerja tetap kerja.. but agama biar nombor satu .. lebih baik sentuh Babi drpd sntuh lelaki yng ta sah nan kita .. sentuh babi sekurang kurangnya boleh sama’ n bersih balik.. kalo sentu lelaki ?? ada boleh sama’?? ahahah.. so sbelum nak kasi komen uhh pk pk la dulu.. siries kelakar.. macam kasi ceramah kat budak budak .. =.=
Betullah molle cute cakap tu…..
hek’elehh.. cara ko komen mcm la c nora ni sorang blakon teruk..bersentuhan maksiat bagai. nyampah aku bca komen ko. ko ni mesti bajet ustazah kn?? ohhh i know.. ko ni ustazah kepohchi x? patut la komen menggelabah..
Pesal la nora dgn izreen klau amik gmbr selalu bt mulut mcm gitu ekkkkk
Aku ngok pompuan ni ok je…ye lah walaupun dia social ke apa, korang kutuk pun dia relax je, tak tau la knapa dia korang kutuk lebih2…kesian dah cara dia cari mkn pelakon apa nak buat kan…mungkin psl dia cantik byk yg kutuk…mmm cemburu ngok pompuan ke? Tak baik…kesian kan
Ramai pompuan yg buruk suka berdengki dengan pompuan yg cantik..yg npk jelas as keyboard warrior
ok noted……….
i like statement from “be like miss nina”…