fbpx

Berlakon Di Samping Maya Karin, Farid Kamil Yakin Isteri Tidak Cemburu

Kontroversi sebelum ini melibatkan pasangan pelakon popular Farid Kamil dan Diana Danielle yang dikatakan telah cemburu terhadap suaminya yang bergandingan bersama-sama dengan Nora Danish dalam filem ‘Pengantin Malam’ telah mendapat perhatian para peminatnya.

Malah untuk filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3), Farid Kamil digandingkan pula bersama aktres Maya Karin dan ini menjadi tanda tanya adakah kali ini Diana akan cemburu lagi apabila melihatkan aksi-aksi romantis suaminya dan Maya Karin dalam filem tersebut?

BACA: Diana Danielle Luah Rasa Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil

Walaubagaimanapun, Farid Kamil secara berseloroh memberitahu sekiranya Diana cemburu dia akan melontarkan kata-kata romantis seperti mana lakonannya sebagai Kasyah dalam filem.

“Kalau dia cemcuru lagi, saya akan mengeluarkan kata-kata romantis seperti lakonan saya sebagai Kasyah dalam LBS3 ini,“ ujarnya sambil tersenyum.

Sementara itu, dia turut menjelaskan bahawa tidak akan ada lagi sikap cemburu itu pada isterinya, kerana dia memberitahu bahawa Diana merupakan peminat setia Lagenda Budak Setan dan tidak sabar untuk menonton tayangan filem itu.

Malah untuk filem kali ini isterinya itu sendiri memahami watak yang dilakonkan oleh suaminya dan Farid Kamil berkata dia sendiri akan membawa mereka sekeluarga menonton Lagenda Budak Setan 3 semasa tayangan perdana yang akan datang.

“Diana merupakan peminat filem pertama dan kedua, malah dia sendiri tak sabar nak tengok LBS 3, InsyaAllah saya akan bawa dia ke premier nanti, dan tak akan ada lagi cemburu. Pengalaman yang saya tanya orang pun, bila tahun pertama hingga kelima pasti ada situasi dimana akan wujud pemahaman masing-masing yang lebih jelas”

“Kalau ada cemburu pun, dia akan lebih advance lagilah (sambil ketawa), maksudnya di akan lebih melariskan filem. Perkara yang lepas itu mungkin tiada lagi. Dia mengenali saya sebagai pelakon tetapi sebagai suami yang berlakon, itu satu pengalaman baru,” tambahnya. (rtky/hfz)