Berhubung dengan perkara yang terjadi terhadap isterinya baru-baru ini, Diana Danielle dikatakan lari daripada media untuk ditemuramah dalam sebuah majlis Farid Kamil punya alasan dan prinsip yang tersendiri mengambil pendekatan untuk tidak mahu mencampuri urusan isterinya.
“Tidak adil untuk saya bagi menjawab ataupun menjelaskan perjalanan seni seseorang. Jadi saya mengambil langkah untuk menjawab apa sahaja yang berkaitan dengan diri saya. Perjalanan karier seseorang itu, bergantung pada artis itu sendiri”
BACA: Diana Danielle Buat Perangai, Lari Dari Bertemu Media?
“Masalah yang ditimbulkan oleh artis seperti lari tidak menjawab dengan media adalah sebahagian daripada hidup sebagai artis. Jadi saya sebagai suami merasakan itu adalah sebahagian daripada kerjaya seni dia,“ kata Farid yang ditemui semasa tayangan filem Kaki Kitai terbitan MIG.
Farid yang jelasnya mempunyai prinsipnya yang tidak akan sesekali mencampuri urusan kerjaya isterinya itu, turut menerapkan sifat profesional dalam dirinya.
“Saya rasa itu semua prinsip yang perlu ada pada semua orang, dan itu timbulnya profesional dan sebagai garis panduan kepada seseorang pekerja yang mana saya apabila sudah berkahwin perlu membahagikan masa 24 jam kepada isteri (Diana) dan anak (Muhammad)”
“Benda itu sangat penting, pembahagian waktu supaya saya tidak ketinggalan apa sahaja. Macam Diana dia ada prinsip kerja dan etika seorang pelakon sendiri dan dia juga mempunyai pemikiran sendiri di mana itu sudah cukup untuk dia bergerak dalam industri seni,” tambahnya. (rtky/hfz)