Diana Danielle Enggan Beri Komen Isu Cemburui Nora Danish
“No comment. Soalan itu saya tidak mahu jawab. Terima kasih,” itu ulasan ringkas Diana Danielle ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta Lips Ice bertempat di Flora Terrace, Hampshire Place, petang tadi. Sambil memberikan reaksi senyum kelat.
Diana Danielle enggan mengulas lanjut tindakannya meluahkan rasa tidak puas hati ekoran sekeping gambar Nora Danish bersama suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik oleh pelakon wanita itu di laman Instagramnya, sekitar minggu lalu.
BACA: Diana Danielle Luah Rasa Cemburu Terhadap Nora Danish
Meskipun diaju satu persatu pertanyaan, Diana tetap memberikan jawapan yang sama iaitu tidak mahu memberikan sebarang komen tentang isu cemburu tersebut.
Dan serta merta juga Diana diberi isyarat oleh pengurusnya yang juga merupakan adik iparnya, Fadzil Zahari agar dia bangun dan segera beredar dari media.
“Okay, masa lima minit dah tamat,” kata Fadzil lalu terus menghentikan sesi temubual.
Sementara itu pada Rabu lalu,Farid Kamil yang ditemui pada satu majlis ada membuat kenyataan meminta mana-mana pihak yang terasa dengan tindakan Diana itu memohon agar pihak berkenaan memaafkan isterinya itu.
BACA: Farid Kamil Minta Semua Pihak Maafkan Diana Danielle, Anggap Perkara Biasa
Jelas Farid, dia tidak menafikan kemungkinan tindakan isterinya itu atas dasar cemburu. Namun meminta masyarakat memahami situasi mereka sebagai pasangan yang boleh dikatakan masih lagi baru memasuki alam perkahwinan. (rtky/fr)
Dah malu ler tue
lain kali tanya dia mcm ni “aritu masa dh bunting pandai plak menyorok kat OZ, nak beranak balik Malaysia! pastu terus senyap pasal so called study”?
adakah Muhammad tu anak tak sah taraf?
umur muda darah masih panas, cakap ikut lepas
Jangan persoalkan Anak dia tu anak sah taraf atau tidak. Budak tu tak salah. ni perkara tentang parents dia knp perlu libatkan anak.
salam. hai. bersempena bulan puasa yang mulia ni, tak perlulah kita menghabiskan masa mempersoalkan kehidupan orang lain, tetang anak, tentang masalah, tentang aib orang lain, sedangkan aib sendiri pun belum tentu kemas tersusun. bukan ultras kepada mana mana artis, its just my natural opinion. peace!
Sombongnya.. haiz..
Sendiri dah buat.. explain dgn baik pd masyarakat
bak kata pepatah. terlajak perahu boleh diundur.. *sila sambung* poyo lah diana ni. ada tengok kat melodi semalam. menyampah!!
Budak mentah lh tu.. .dh kawin pun still tak matang.. .jd lah mak yg baik pada anak and diana jd lh anak yg baik pd ibu u tu.. .derhaka u buat mcm tu dgn mak u tu..
pa ye saya tengok diana sebelum kahwin lagi cantik dari sekarang. kini macam rupa makan hati aje…entahlah
eh baguslah dia tak nak komen..tak nak panjangkan isu…orang lain yang tak de kena mengena pulak sibuk nak panjang-panjangkan cerita…kan bagus cerita tu tamat di situ sahaja…lagipun kalau dia nak komen,.. apa jugak yang dia boleh cakap lagi…benda yang sama juga yang orang dah tahu..
Dah dia taknak jawab tu, sudahlah. Buat apa nak panjang2 citer. Wartwan M’sia ni mmg pandai spin sampai apa artis buat semua nampak buruk. Buat apa nak panjang2kan isu ni? Remeh sangat. Fikiran singkat betul.
kalu xnk laki pegang tgn,kawenlah ngn ustaz2 atau ulama2 yg tau mnjaga tatatertib.ni pilih lelaki yg asalnye bohjan ni nape?..al poyo la sgttttt!!..’terima kasih,no komen’..katenye lam melodi semalam…haakktuuiihhh!!
adik ipar dia mmg poyoz 5 minit ek..hahaha
Ya memang nampak rupa makan hati sekarang.
kerana mulut badan binasa..
Diana..akak tau perasaan u,try to be rasional in many ways.coz u’re artist..don’t get emotionaly in wrong way…carefull dear..4 your family.
askum…..saya rasa sepatutnya diana kena peka dgn industri klu xnak suaminya bersentuh dgn orglain srh jer ddk rmh xpyh berlakon bknnya suami dia kacakpun
yang si diana persoalkan ni “kenapa banyak2 gambar..gambar pegang tangan dengan laki dia jugak yg kena upload”…bukan “banyak2 pelakon lelaki kenapa tangan laki dia juga yang nak di pegang” rasanya dia faham tugas laki dia sebagai pelakon…yalah…isteri mana yang tak cemburu kan…tapi kita tak tau apa yang dia hadapi atau dengar apabila gambar tersebut di upload…tentulah ada komen2 atau sindiran2 yang membuatkan diana tiba2 berkata begitu…peminat cuma tahu nak hentam saja…apabila dia tak nak komen perkara ni…biarkan lahhh.
Mmg nampak kebodohan diana…menyampah aku…terima kasih…perempuan melayu terakhir konon ..geli aku…
Cemburu adalah sifat semulajadi., ape perasaan Diana ble tgok gmbr suaminya bpggan tgn dgn perempuan lain sama je ngn prsaan mane2 isteri ats dunia ni ble tgk gmbr suami sndri bpggn tgn dgn popuan lain.. cemburu tu normal.Jgn hnya tau salahkn dianA hnye krn dia artis,SBB dia mcm kita jgk,manusia biasa. :-)
Haaiizzz… mnymph plak…. mcm xmatang jr ko nih diana oiii…. plastic
sebab bukan laki korang yg kena memang la. hahahahahahha. ah kecoh