Menerusi kemaskini terbaru menerusi akaun Instagram, suami kepada Fasha Sandha mengirimkan sekeping gambar memaklumkan yang pelakon itu sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan hari ini yang juga merupakan anak kedua pasangan ini.
Anak perempuan ini sudah pun diberi nama Putri Raysha Jemaimah dan Jejai juga memaklumkan yang kedua dua ibu dan anak dalam keadaan sihat.
Fasha Sandha melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram itu sekitar jam 9.00 pagi tadi.