Hantar Gambar & Gossip Eksklusif Kepada Kami Untuk RM50. No Questions Asked.

E-mail Us: hi@rotikaya.com

(Gambar) Majlis Perkahwinan Awal Ashaari & yeah, Tiz Zaqyah

September 2, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, Entertainment, Photos

awal1 (Gambar) Majlis Perkahwinan Awal Ashaari & yeah, Tiz Zaqyah

Kredit gambar tanpa prejudis & jutaan penghargaan buat forum hiburan terhebat, terulung dan untouchable Malaysia, Cari.com.my.

Dan, seperti yang anda jangka, gambar-gambar ini adalah sedikit petikan dari sebuah drama lakonan mereka bersama.

Mana mungkin Awal Ashaari yang kita kenal hari ini mahu meninggalkan kekasih hati beliau, Scha al-Yahya setelah melalui ranjau & onak duri. Eceh.

Nampak janggal juga sebenarnya dua selebriti popular ini apabila berada di’atas pelamin bersama. Tapi, siapa tahu kan?. Lagi gambar ‘persandingan’ Tiz Zaqyah & Awal Ashaari selepas ini. Enjoice! Read more

Rizal Ashram Mengaku Tiz Zaqyah Ajak Keluar, Fasha Sandha Berjoget Riang

June 22, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, Gossip, News

trvvfyygvx Rizal Ashram Mengaku Tiz Zaqyah Ajak Keluar, Fasha Sandha Berjoget Riang

Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.”

Begitulah kata-kata Rizal Ashram yang kami copy pasta bulat-bulat dari Harian Metro hari ini. Kenyataan terbaru Rizal Ashram ini nampaknya akan menghangatkan situasi.

Tiz Zaqyah sebelum ini menyebut yang Fasha Sandha mengarut apabila menuduh beliau cuba menggangu hubungan cinta’nya dengan Rizal Ashram.

Mungkin kerana geram, Fasha Sandha memberikan lampu hijau kepada Rizal Ashram untuk mendedahkan segalanya. Mungkin.

Apabila tuan badan sendiri yang keluarkan kenyataan menyokong tuduhan Fasha Sandha terhadap Tiz Zaqyah, senang sudah jiwa raga.

Kita nantikan pula komen balas dari Tiz Zaqyah selepas ini. Masih menafikan atau mahu mula mengaku & menelan kepahitan yang di’cipta Fasha Sandha.

Update: Fizz Fairuz bersuara melalui mStar Online meminta Fasha Sandha jangan kaitkan namanya dengan agenda peribadi terhadap Tiz Zaqyah. Episod 2, action!

Update 2: Noh Hujan bergurau senda dengan Tiz Zaqyah dengan memetik laporan Harian Metro hari ini — “Patut la @tiztiztiz tak nak ajak aku klua.. Dia lepak 4 pagi. Time tu aku da tido..”

Tiz Zaqyah Dambakan Rasa Cinta Rizal Ashram, Pernah Goda Fizz Fairuz

June 9, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, Gossip, News

Tiz Zaqyah Tiz Zaqyah Dambakan Rasa Cinta Rizal Ashram, Pernah Goda Fizz Fairuz

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Kami rasa sangat perlu untuk kisah ini di’tulis semula dalam sebuah entri baru biar tiada orang yang keliru dengan kisah yang ingin kami sampaikan.

Awal malam tadi, Fasha Sandha keluar dengan satu kenyataan panas melalui Twitter yang menyebut tentang seorang wanita mengganggu teman lelaki beliau & juga Almy Nadia.

Kami yang lurus bendul menyangkakan tulisan itu di’tujukan kepada Nora Danish tanpa sebarang syak wasangka & kajian lanjut. Kepada Nora Danish, kami pinta kemaafan.

Menurut salah seorang rakan baik & juga orang belakang tabir karier Fasha Sandha, wanita yang di’maksudkan dalam kenyataan tersebut merupakan pelakon popular Nur Kasih — Tiz Zaqyah.

Dalam kisah yang di’sampaikan, ramai wartawan media perdana tahu akan hal ini dan ada menulis beberapa artikel berbaur gossip untuk menegur perbuatan Tiz Zaqyah ini.

Ketika artikel gossip itu keluar, Fasha Sandha masih mahu perkara ini di’rahsiakan dari pengetahuan umum kerana mahu menjaga nama baik Tiz Zaqyah. Read more

Zee Avi Akan Buat Persembahan Di Anugerah Industri Muzik 17

April 14, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, News

zee avi 1 Zee Avi Akan Buat Persembahan Di Anugerah Industri Muzik 17

Mengubati kekecewaan mereka yang tidak dapat hadir ke konsert Zee Avi baru-baru ini, Zee Avi di’sahkan akan kembali ke Malaysia (via @sultanmuzaffar)

Kembalinya Zee Avi bukan untuk membuat konsert kedua tetapi Zee Avi di’khabarkan akan membuat kemunculan istimewa di’atas pentas Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 17.

AIM 17 yang akan disiarkan secara langsung pada 2 Mei ini menerusi saluran NTV7 menerima pencalonan terbanyak dari penggiat muzik dalam sejarah — 925 pencalonan.

Ini sesuatu yang baik untuk industri muzik Malaysia yang nampaknya banyak di’gerakkan oleh mereka yang bermula secara underground.

Apa yang kami mahu lihat di’atas pentas AIM17 nanti adalah kolaborasi antara Yuna & Zee Avi membawakan salah satu lagu popular mereka berdua atau lebih baik, medley lagu popular mereka.

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10

April 4, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under News

sitiabpbh Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10(Kredit Gambar: Ribuan Terima Kasih Buat Sahrudin Yusof)

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2009 malam ini. Merupakan satu kejutan buat kami sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi perut sepanjang majlis anugerah berlangsung, baca liveblogging kami selepas ini, sebelum video keluar di Youtube.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liveblogging ini & tahniah buat semua pemenang malam ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Peace out! Read more

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin