Kisah cinta mereka menjadi perhatian ramai apatah lagi si aktress ini di’katakan kembali ligat & aktif bersosial selepas bersama dengan kekasih sekarang ini. Setiap perkembangan harus peminat ikuti ‘kan?

Bertemu pelakon Tiz Zaqyah bersempena dengan majlis pelancaran drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita di Lot 10, kelmarin telah memberitahu bahawa dia dan kekasihnya akan bergilir beraya di rumah masing-masing.

“Raya pada tahun ini saya dan kekasih akan bersama-sama mengunjungi rumah masing-masing. Seperti sedia maklum saya dan kekasih sebenarnya sudah saling lama mengenali cuma kami belum ada jodoh ketika itu, dan sekarang barulah dapat kami bersama-sama,” katanya.

Ditanya juga mengenai perancangan untuk ke fasa seterusnya dalam perhubungan mereka dan Tiz terus mengatakan bahawa biarlah jodoh dan ketentuan Illahi dalam menentukan hala tuju perhubungannya.

“Setakat ini saya masih tidak mempunyai sebarang perancangan mengenai hubungan kami ini, saya serahkan segala-galanya pada Allah S.W.T.

“InsyaAllah sekiranya saya ingin ke fasa seterusnya dalam perhubungan kami saya akan memberitahu kepada semua peminat-peminat saya dan juga anda rakan-rakan media,” ujarnya ringkas.