Kalau anda mengikuti akaun Instagram pelakon Tiz Zaqyah, pastinya anda akan perasan yang selebriti itu kini berada di Filipina dan pada awalnya kami menyangka beliau pergi untuk bercuti — rupanya ada agenda lebih baik.

Tiz Zaqyah kini berada di Manila, Filipina untuk menjalani penggambaran drama TV 60 episod berjudul Kusinero Cinta yang bakal disiarkan di Astro sekitar Mei 2014 nanti.


Drama Kusinero Cinta ini turut menampilkan pelakon lelaki popular Filipina, Jericho Rosales dan juga hero kelahiran Singapura, Aaron Aziz bergandingan dengan Tiz Zaqyah sebagai trio teraju utama — dan bakal menggantikan Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Tidak banyak maklumat lanjut tentang drama terbaru ini dalam pengetahuan kami ketika ini tetapi beberapa keping gambar di sebalik tabir pembikinan drama ini sudah dikongsikan oleh para pelakon & krew penggambaran. So, enjoice! (rtky/m)