Semua tahu yang Tiz Zaqyah memang bersikap terbuka dalam hubungan cintanya kali ini bersama jejaka bernama Daniel Haziq dan perkembangan terbaru ini satu berita baik buat semua peminat.

BACA: Tiz Zaqyah Bakal Beraya Di Rumah Kekasih


Bercakap kepada Berita Harian baru baru ini, Tiz Zaqyah berkata beliau tiada masalah untuk membawa kekasihnya ke mana mana majlis sebagai teman kerana mereka memang tiada apa yang hendak di’sorok.

“Tapi untuk ditemu bual atau dirakam gambar, saya tak fikir dia mahu — lagipun, dia tak mahu berada dalam limelight. Biarlah saya seorang sahaja,” kata Tiz Zaqyah.

Tiz Zaqyah turut mengakui yang beliau ada berbincang soal masa hadapan dengan Daniel dan secara spesifik mereka memang ada perancangan untuk berkahwin. Lagi cepat lagi bagus ‘kan?


“Kami ada berbincang soal perkahwinan. Malah, tarikh perkahwinan juga sudah ada. Cuma biarlah saya simpan dalam hati saja,” tambahnya lagi.

UPDATE-1: Tiz Zaqyah melalui Twitter memaklumkan kepada kami yang beliau sendiri belum tahu atau mempunyai tarikh perkahwinan seperti yang di’laporkan di atas.

Screen Shot 2013-08-05 at 2.43.55 PM