Anuar Zain: Saya Malu Terima Anugerah Ini Daripada Tangan Yuna

Sebentar tadi berlangsung’nya sidang media untuk isu paling kontroversi penghujung tahun 2011 ini.

Sidang media ini di’hadiri oleh Pengerusi Bersama RIM, Rosmin Hashim yang sangat petah menjawab persoalan media tentang isu pemulangan trofi Lagu Terbaik AIM 2011.

Wakil dari Ernst & Young turut hadir menjawab segala persoalan dan mengakui mereka melakukan kesilapan ketika memberikan senarai akhir pemenang kepada penganjur Anugerah Industri Muzik 2011.

Anuar Zain yang turut hadir bersama Edry Abdul Halim ketika memberikan kenyataan berkata beliau sebenarnya malu untuk menerima anugerah Lagu Terbaik yang awal’nya milik Yuna. Teruskan Membaca

Video: Anuar Zain Dendang Lagu ‘Someone Like You’ Di Majlis Makan Malam

Mengikut metrik & garis panduan kami, video ini merupakan berita paling slowpoke tetapi ini Anuar Zain, selebriti kalis masa.

Kalau anda peminat budaya pop Hollywood, lagu dendangan asal Adele kini sudah seakan menjadi lagu wajib cover oleh kebanyakkan penyanyi — dan bukan penyanyi.

Linkin Park yang mempunyai polisi ketat dalam pemilihan lagu yang boleh mereka bawakan pun pernah mendendangkan kembali lagu Rolling in the Deep — dan ia’nya awesome.

Di Malaysia, Shila Amzah merupakan penyanyi yang kita sudah sedia maklum boleh menyanyikan kembali lagu lagu Adele — walaupun di majlis majlis besar.

Dalam sebuah majlis makan malam korporat, Anuar Zain memilih untuk menyampaikan lagu Someone Like You yang kami kira cukup baik untuk menjadi hiburan pagi anda. Enjoice! Teruskan Membaca

Anuar Zain Edarkan Album Baru Secara Senyap, Tanpa Promosi Awal?

Kami tidak tahu sama ada ini strategi baru Anuar Zain dan Universal Music atau sesuatu yang terjadi kerana kesalahan teknikal yang tidak dapat mereka di’elakkan.

Jika di’beri pilihan, kami memilih ini sebagai satu strategi baru Anuar Zain untuk melancarkan album baru dengan cara generasi baru.

Petang tadi, selepas mengetahui album terbaru Anuar Zain yang berjudul juga Anuar Zain atau Anuar Zain 2011 sudah berada di’kedai kedai muzik seluruh Malaysia, kami yang kebetulan berada di Ikano Power Centre terus mencari album yang di’maksudkan. Gigih.

Nyata album terbaru jejaka perfectionist ini sudah mula terjual dan tiada hebahan rasmi di’lakukan sama ada kepada media atau para peminat selain pengumuman rasmi di laman web Anuar Zain. That’s it.

Kami sempat bertanyakan kepada Ketua Bahagian Perhubungan Awam Universal Music berkaitan pengedaran album secara ‘mengejut’ ini dan beliau mengakui semua ini atas pilihan Anuar Zain sendiri.

Anuar Zain khabarnya ingin mengadakan majlis eksklusif bersama media tidak lama lagi untuk mengedarkan album ini untuk hebahan secara tradisional.

Strategi ini nampak’nya berjaya menarik perhatian kami lebih awal — kami menulis tanpa press kit. Dan, kami mahu CD percuma sebagai upah. #LOL

Anuar Zain & Imej Baru Berkacamata Ala Geek. Yay atau Nay?

Kami sudah perasan akan imej baru (atau sementara) Anuar Zain ini sejak kisah beliau mendendangkan OST rasmi Hikayat Merong Mahawangsa beberapa hari lalu.

Sekali lagi, Anuar Zain muncul dengan imej yang sama ketika menjayakan Konsert Ria 2010 yang di’adakan di i-City Shah Alam baru-baru ini.

Anda Sebagai Polis Fesyen, Apakah Pendirian Anda Tentang Imej Berkacamata Anuar Zain?

View Results

Loading ... Loading ...

Sebagai bonus, video klip pendek lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar Zain selepas ini. Boleh tahan. Enjoice! Teruskan Membaca

Anuar Zain Penyanyi Perasan Eksklusif – Promoter Acara Hiburan

Sejak Azwan Ali menjadi antara tujuh penulis blog di Malaysia, makin ramai nampaknya membaca blog beliau.

Tidak sia-sia, Azwan Ali yang banyak bergaul dengan orang belakang tabir dunia hiburan membawakan satu cerita kurang enak.

Kisah kurang enak ini berkaitan penyanyi kacak Malaysia, Anuar Zain yang di’katakan sekarang semakin demand.

Menurut rakan Azwan Ali yang juga seorang promoter persembahan dan acara hiburan, Anuar Zain di’katakan enggan terlibat dengan mana-mana aktiviti sampingan jika di’minta menyanyi.

Maknanya, jika Anuar Zain terima tawaran, beliau akan terus ke pentas & habiskan persembahan tanpa terlubat dengan apa-apa sidang akhbar atau temubual.

Tujuan Anuar Zain berbuat demikian konon’nya mahu menjaga status eksklusif sebagai penyanyi lelaki popular yang beliau pegang. Konon’nya.

12