fbpx

Sekuel Video Muzik 'Ajari Aku' Eksklusif Di Konsert Sulung Anuar Zain

Selama 30 tahun aktif dalam industri muzik Malaysia, untuk pertama kali Anuar Zain akan mengadakan konsert selama dua jam di Stadium Putra, Bukit Jalil khas buat peminat.

Mengambil judul Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari, Anuar Zain akan menyampaikan sendiri barisan lagu beliau tanpa jemputan istimewa mana mana artis tempatan.

Timbul juga tanda tanya di'fikiran kami adakah tarikh yang dipilih 16 Februari 2013 sekaligus menyambut Hari Valentine?

“Konsert ini bukan untuk sambutan Hari Valentine. Tarikh ini di'pilih kerana hari jadi saya adalah pada Februari. Saya tidak pernah meraikan Hari Valentine.”

Istimewa pada malam konsert nanti, Anuar Zain bakal secara eksklusif  mempertontonkan muzik video 'Sempurnakan Aku&

#039; yang merupakan kesinambungan lagu Ajari Aku.

Video muzik di Youtube itu kini telah mencapai lebih 93,000 hits. Lebih menggembirakan, single Ajari Aku telah berjaya menempatkan dirinya di carta radio tempatan.

“Yang penting, saya nak eratkan silaturrahim dengan peminat supaya dapat beramah mesra antara satu sama lain dan dalam masa yang sama peminat saya gembira dan enjoy dengan persembahan pada malam nanti,” ujar Anuar Zain yang teruja dengan konsert sulung beliau ini.

Ticket konsert Anuar Zain Tiga Dekad muzik, Cinta dan Sanubari berharga antara RM88 dan RM698. Jualan tiket akan bermula pada 12.00 tengahari pada 12 Disember 2012 melalui laman TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) dan cawangan rasminya.

zp8497586rq