fbpx

Video: Penampilan Nora Danish Untuk MV Terbaru Anuar Zain — Ajari Aku

Ya, kisah Nora Danish lagi tetapi kali ini ianya berkaitan kerjaya beliau. Asyik mendengar gossip sahaja, boleh bosan jadinya.

Hari ini bertempat di Whithe Box, Publika Anuar Zain telah melancarkan sebuah video muzik terbaru untuk single ke-3 dari album terbaru beliau yang bertajuk Ajari Aku.

Menariknya, idea untuk video muzik ini lahir dari ilham Anuar Zain sendiri dan beliau bekerjasama dengan pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar untuk merealisaikan idea tersebut.

“Ya, ada sebuah video untuk lagu ini untuk filem SAM tetapi ini daripada pihak saya — daripada perspektif saya bagaimana lagu itu harus di’persembahkan dalam bentuk visual”

Menampilkan Dato’ Rahim Razali & Nora Danish, video muzik Ajari Aku ini akan mempunyai kesinambungan selepas ini — & kami suka dengan jalan cerita ringkas video ini.