fbpx

Anuar Zain Edarkan Album Baru Secara Senyap, Tanpa Promosi Awal?

Kami tidak tahu sama ada ini strategi baru Anuar Zain dan Universal Music atau sesuatu yang terjadi kerana kesalahan teknikal yang tidak dapat mereka di’elakkan.

Jika di’beri pilihan, kami memilih ini sebagai satu strategi baru Anuar Zain untuk melancarkan album baru dengan cara generasi baru.

Petang tadi, selepas mengetahui album terbaru Anuar Zain yang berjudul juga Anuar Zain atau Anuar Zain 2011 sudah berada di’kedai kedai muzik seluruh Malaysia, kami yang kebetulan berada di Ikano Power Centre terus mencari album yang di’maksudkan. Gigih.

Nyata album terbaru jejaka perfectionist ini sudah mula terjual dan tiada hebahan rasmi di’lakukan sama ada kepada media atau para peminat selain pengumuman rasmi di laman web Anuar Zain. That’s it.

Kami sempat bertanyakan kepada Ketua Bahagian Perhubungan Awam Universal Music berkaitan pengedaran album secara ‘mengejut’ ini dan beliau mengakui semua ini atas pilihan Anuar Zain sendiri.

Anuar Zain khabarnya ingin mengadakan majlis eksklusif bersama media tidak lama lagi untuk mengedarkan album ini untuk hebahan secara tradisional.

Strategi ini nampak’nya berjaya menarik perhatian kami lebih awal — kami menulis tanpa press kit. Dan, kami mahu CD percuma sebagai upah. #LOL