Malam tadi, buat pertama kali Istana Budaya membawakan alunan suara merdu penyanyi kacak seMalaya, Anuar Zain.
Konsert anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sempena Festival Muzik KL 2009 akan berlangsung selama dua malam & malam ini adalah malam yang terakhir.
Kira-kira 1,300 penonton yang hadir terhibur dengan persembahan mantap Anuar Zain yang memakan masa lebih kurang dua jam itu.
“Tetapi, sejujurnya, ini merupakan satu kejayaan peribadi buat saya, apatah lagi ini adalah konsert pertama saya di Malaysia,” kata Anuar Zain kepada media. Sumber: mStar Online