fbpx

Anuar Zain Penyanyi Perasan Eksklusif – Promoter Acara Hiburan

Sejak Azwan Ali menjadi antara tujuh penulis blog di Malaysia, makin ramai nampaknya membaca blog beliau.

Tidak sia-sia, Azwan Ali yang banyak bergaul dengan orang belakang tabir dunia hiburan membawakan satu cerita kurang enak.

Kisah kurang enak ini berkaitan penyanyi kacak Malaysia, Anuar Zain yang di’katakan sekarang semakin demand.

Menurut rakan Azwan Ali yang juga seorang promoter persembahan dan acara hiburan, Anuar Zain di’katakan enggan terlibat dengan mana-mana aktiviti sampingan jika di’minta menyanyi.

Maknanya, jika Anuar Zain terima tawaran, beliau akan terus ke pentas & habiskan persembahan tanpa terlubat dengan apa-apa sidang akhbar atau temubual.

Tujuan Anuar Zain berbuat demikian konon’nya mahu menjaga status eksklusif sebagai penyanyi lelaki popular yang beliau pegang. Konon’nya.