fbpx

Anuar Zain Akui Sudah Puas Mencari Cinta

Pada usia 44 tahun pastinya jejaka yang masih kekal kacak ini tidak dapat lari dari soalan berkaitan pasangan hidup dan dalam temubual terbaru bersama media, Anuar Zain mengakui yang beliau sudah puas mencari cinta.

Bukannya tidak pernah mencuba, Anuar Zain berkata yang beliau sebelum ini pernah berkawan rapat dan menyukai beberapa orang wanita yang dianggap sebagai istimewa dalam hidupnya namun semuanya berakhir dengan kekecewaan.

BACA: Tiket Persembahan Minggu Setiausaha Anuar Zain Kini Cecah RM1,380

“Jadi, sekarang saya hanya berserah dengan ketentuan takdir. Sesiapa sahaja yang diketemukan selepas ini dan tertulis bahawa wanita itu jodoh saya, saya terima dengan hati yang terbuka. Doakanlah kebahagian saya dengan sesiapa sahaja yang bakal menjadi pilihan hati nanti”

“Cuma kalau mengikut kemahuan diri, saya lebih gemar berkawan terlebih dahulu dengan bakal pasangan sehidup semati saya. Tidak mahu satu perhubungan yang terburu-buru,” ujarnya.

Anuar Zain juga menambah yang beliau tidak kisah jika jodohnya diaturkan oleh keluarga namun sehingga hari ini keluarga beliau tidak memaksa dan memahami dirinya. (rtky/m)