Impian Awal Ashaari untuk bergelar penyanyi bakal terlaksana tidak lama lagi. Kontrak sudah dimeterai.


Pelakon & pengacara sensasi Malaysia ini sebenarnya pernah memasuki ujibakat Malaysian Idol tidak lama dulu untuk mencuba nasib sebagai penyanyi.

Namun, rezeki tidak boleh di’duga, Awal Ashaari ditawarkan pelbagai tawaran untuk mengacara & berlakon. Sejak dari itu, impian untuk menjadi penyanyi di’simpan sementara.

Berumur 28 tahun, Awal Ashaari hari ini bakal menjadi saingan untuk penyanyi lelaki lain yang sedia ada. Awal Ashaari masih dalam proses pemilihan lagu & beliau memilih ‘pop ballads’ sebagai percubaan.

“Walaupun vokal saya tak sehebat penyanyi ‘top’ negara tapi sekurang-kurangnya, saya cuba hiburkan peminat, sebagai halwa telinga buat mereka,” kata Awal Ashaari kepada Gua.com.my.


Rasanya Anuar Zain masih boleh cari makan sebelum lagu pertama Awal Ashaari memecah radio. Itupun jika hits, kalau tidak, Awal Ashaari akan jadi legenda pengacaraan seperti Aznil Hj Nawawi.