Seperti yang kami janjikan melalui Twitter kami (@rotikaya) sejak minggu lepas, ini artikel khas untuk Filianti Vlee.
Sebenarnya banyak maklumat berkaitan interview kami bersama Filianti Vlee ini berada dalam komputer yang hilang.
Maka kami akan cuba sedaya upaya untuk mengingat kembali isi kandungan temubual kami dengan penyanyi Indonesia ini.
Biar kami tulis isi kandungan temubual kami dalam bentuk fakta ringkas supaya anda boleh kenal serba sedikit tentang pemilik suara di’sebalik lagu ‘Bila Cinta’ ini.
- Filianti Vlee adalah seorang gadis berumur 26 tahun yang kini menetap bersama keluarga di Jakarta Timur, Indonesia.
- Filianti Vlee sebelum ini bekerja di Arsip Nasional Republik Indonesia (serupa dengan Arkib Negara Malaysia) sebelum berhenti untuk menjaga ayah’nya yang tidak sihat. Teruskan Membaca
Petang tadi kami berkesempatan untuk menonton filem Melayu terbaru di’pawagam — Lagenda Budak Setan.