Siti Saerah Reda Amad Pilih Tinggal Bersama Bapa

Penyanyi Siti Saerah berkata dia reda serta menghormati keputusan anak kedanya, Ahmad Dayyan yang mahu tinggal bersama bapanya.

Memetik BH Online, Saerah berkata dia tidak pernah menghalang pilihan Amad yang kini meneruskan persekolahan di Kuantan walaupun sukar kerana perlu berjauhan dengan anaknya itu.

BACA: Amad Tiba-Tiba Rebah, Shuib Tak Nafi Gangguan Mistik

“Apabila anak sudah meningkat remaja, ada masanya mereka mahu membuat pilihan sendiri. Sebagai ibu, saya tidak pernah menghalang kehendaknya.

“Jika dia merasakan keputusan untuk pulang ke sana adalah yang terbaik untuk dirinya, saya tiada masalah. Sebenarnya kami semua okay dan tiada sebarang masalah. Dia juga sudah lama menyuarakan hasrat untuk bersekolah di Kuantan,” katanya.

Sementara itu, Saerah berkata dia mengakui sedih apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya itu sehingga tidak boleh tidur namun mendoakan yang terbaik buat Amad.

“Semestinya saya sedih sehingga tidak boleh tidur. Namun, itu pilihan dia. Sebagai ibu, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buatnya.

“Saya berharap keputusan yang dibuat itu akan membawa perubahan yang baik dalam hidupnya,” katanya.

Dalam pada itu, Saerah berkata kerjaya Amad masih berjalan seperti biasa termasuk kontrak bersama syarikat rakaman World Peace Music selama dua tahun.

“Amad kini sudah menandatangani kontrak rakaman untuk menghasilkan lagu. Jadi, apa juga keputusannya, dia perlu menyelesaikan semua komitmen kerja yang sudah dipersetujui.

“Sebagai ibu, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik supaya dia berjaya pada masa hadapan dan dipermudahkan segala urusan mengikut jalan yang dipilihnya,” katanya.

Sumber: BH Online

×