TERBARU

Gossip: Aktress Popular Hisap Ganja Di UK, Kata Zarina Anjoulie

Bukan senang mahu dapat tips dari orang dalam industri. Selalunya mereka pandai makan & simpan.

Semalam, seeprti biasa kami mengintai timeline selebriti sebagai rutin harian, sekali lagi Zarina Anjoulie muncul dengan tweet menarik.

ADS: Bosan? Mari layan video pilihan kami di Rotikaya HQ. Kami suka video, pasti anda juga. Go Awesome.my & enjoice!

Menurut ayat Zarina Anjoulie, seorang aktress popular di Malaysia berkelakuan tidak seperti mana di Malaysia ketika di luar negara,

Aktress popular ini di’katakan mengambil ganja & pil terlarang ketika berada di United Kingdom (UK). Tiada maklumat lanjut.

Namun yang pasti, Zarina Anjoulie pasti memperoleh maklumat yang belum tentu sahih ini dari rakan beliau yang merupakan pramugari MAS.  Teruskan Membaca →

Gossip Hiburan Selebriti

Gambar: Bunga Citra Lestari Semakin Kurus Bukan Permintaan Suami

Sejak hampir setahun Bunga Citra Lestari melahirkan anak pertama, selebriti Indonesia ini tampak semakin kurus.

Bunga Citra Lestari yang baru baru ini di’temui oleh media Indonesia di Rumah Sakit Mitra Kemayoran, Jakarta mengaku sengaja turunkan berat badan.

Menurut pelakon yang juga penyanyi ini, proses menurunkan berat badan beliau bukan permintaan suami, Ashraf Sinclair.

Tetapi ia lebih kepada keinginan diri untuk tampak cantik. Menurut Bunga Citra Lestari, menjadi lumrah seorang wanita untuk memiliki bentuk tubuh menarik.

“Dia (suami) tidak meminta saya turunkan berat badan malah dia terima saya apa adanya. Lucu, saya yang minta dia untuk turunkan berat badan.”

Kami lampirkan beberapa keping gambar terbaru Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair & anak mereka selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca →

News

Siapa Pelakon Pembantu Positif Dadah?

Harian Metro hari ini melaporkan seorang pelakon pembantu di’dapati positif dadah selepas serbuan pihak polis.

Pelakon pembantu ini di’katakan banyak membintangi drama & telemovie tempatan dan sering bergandingan dengan pelakon popular.

Pelakon lelaki berusia 32 tahun itu di’tangkap ketika serbuan di sebuah pusat hiburan sekitar jam 2.30 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

“Ketika serbuan, pelakon terbabit dan beberapa rakannya cuba melarikan diri, namun gagal selepas premis berkenaan dikepung.”

“Keempat-empat mereka diarahkan menjalani ujian air kencing sebelum pemeriksaan mendapati mereka positif,” menurut pihak polis.

Siasatan orang awam di Forum Cari mendapati calon awal untuk pelakon pembantu ini ialah Shafiq Samuri (gambar) yang membintangi telemovie Tetamu Malam seperti di’nyatakan dalam laporan.

Masih awal untuk membuat sebarang konklusi, kita tunggu sahaja kenyataan rasmi dari pihak berkaitan. Perkara seperti ini biasanya tidak lama boleh di’sembunyikan.

Gossip Hiburan News Selebriti

Eira Syazira Dan Azad Jasmin Nikah 16 September Selepas 3 Tahun Bercinta

Bagaimana hari pertama bekerja selepas cuti panjang? Ada Aidilfitri blues?

Sebagai entri pembukaan selepas kembali bekerja, berita baik untuk peminat Eira Syazira & Azad Jasmin.

Pasangan yang telah bercinta lebih 3 tahun ini di’khabarkan akan mengikat tali perkahwinan 16 September.

Rakan media kami, Budiey.com melaporkan yang beliau menerima jemputan untuk menghadiri majlis pernikahan di kediaman Eira Syazira di Putrajaya.

Majlis resepsi pasangan ini bagaimanapun akan hanya di’adakan November nanti pada tarikh yang masih belum di’tetapkan.

Eira Syazira mengakui beliau ada menerima tawaran tajaan dari beberapa pihak namun belum memutuskan apa apa. Majlis menyambut tetamu di Pulau Pinang akan di’taja oleh Butik Jalinan Kasih.

Tahniah dairi kami di Rotikaya HQ buat pasangan Eira Syazira & Azad Jasmin. Mana kad jemputan kamu? Heh.

News

Radhi OAG Kini Bercinta Dengan Gadis 17 Tahun, Raya Di Rumah Pengasih

Kisah ini kami baca di KOSMO! seminggu yang laluSlowpoke is slowpoke.

Umum sedia maklum yang Radhi OAG kini sedang menjalani proses pemulihan di Rumah Pengasih dek masalah najis dadah.

Atas sebab itu, duda kepada Shazlin Sharif ini tidak dapat pulang beraya di kampung halaman beliau di Kuching, Sarawak.

Namun, itu akan terubat apabila keluarga Radhi OAG bersama anak tunggal beliau Mohd. Rifdhi Muslim datang melawat pada hari raya pertama lalu.

Bercerita tentang gadis dalam hati, Radhi OAG mengakui beliau kini sedang dalam proses mengenali hati budi seorang gadis yang jauh lebih muda dari beliau.

Selepas membuat sedikit kajian ringkas, kami dapat mengenalpasti idenditi gadis berusia 17 tahun ini sebagai Nur Shahira yang masih menuntut di Tingkatan 5.

Setahun yang lalu, Radhi OAG pernah membawa gadis ini ke mesyuarat Persatuan Karyawan namun ketika itu menafikan sebarang hubungan cinta dengan gadis muda ini.

Radhi OAG mengakui yang gadis ini antara penyebab utama dia berazam untuk memperbaiki diri dan dengan rela hati mendaftar di Pengasih.

“Saya mahu jika saya berkahwin sekali lagi, saya ingin rumah tangga itu disulam dengan akidah yang betul, jadi sebelum itu saya harus perbetulkan diri saya sendiri sebelum saya boleh memimpin orang lain,” kata Radhi OAG.

Gambar Gossip News Selebriti