fbpx

Gambar: Izara Aishah Dan Lisa Surihani Di Pelancaran Oh My English!

Oh My English! - Astro TVIQ

Belum pun seminggu rancangan Oh My English! bersiaran di kaca televisyen menerusi Astro TVIQ, saluran Youtube rasmi mereka telah menerima lebih 1,000,000 tontontan dan Facebook rasmi mereka sudah pun mengumpul lebih 50,000 peminat. Awesome? Read on.

Oh My English! merupakan sebuah rancangan bercorak pendidikan terbitan Astro yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu inisiatif memperbaiki mutu pertuturan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia bersiaran setiap Ahad jam 10.00 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610).

Mana gambar Izara Aishah & Lisa Surihani? Sabar. Oh My English! menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Adibah Noor, Harun Salim Bachik, Izara Aishah dan Zain Saidin selain barisan pelakon remaja berbakat untuk membawakan suasana bilik darjah yang mempunyai masalah Bahasa Inggeris.

Selain pelakon tetap, Oh My English! juga menjemput beberapa selebriti terkenal untuk menjadi tetamu undangan seperti Lisa Surihani, Greyson Chance, Maher Zain, Rozita Che Wan dan Nabil Raja Lawak yang pasti’nya memeriahkan keadaan kelas 3 Merah, SMK Ayer Dalam ini.