fbpx

Gambar: Sekitar Majlis Perkahwinan Felix Agus & Lydia Larius

Damn it Obefiend. HAHA!

Obefiend menulis di Twitter beliau yang kami mempunyai gambar isteri Felix Agus beberapa minit lalu.

Ini memaksa kami untuk menunaikan permintaan yang hadir akibat kenyataan blogger selebriti tersebut. Dan, tahniah atas majlis pertunangan anda Mr & Mrs Obefiend.

Felix Agus telah melangsungkan perkahwinan hujung minggu lalu di Pusat Kebudayaan Penampang, Sabah & memilih Lydia Larius Gojih sebagai teman hidup.

Namun perkahwinan bintang Akademi Fantasia musim ketiga ini tidak dapat liputan meluas dari media arus perdana. Mungkin kerana terlalu banyak majlis yang berlangsung serentak Sabtu lalu & faktor jarak.

Tetapi tidak mengapa, ada positifnya majlis perkahwinan tidak di’hebahkan secara meluas di’hadapan media. Itu lebih baik untuk privasi keluarga & insan tersayang. via Oh Artis!