Semalam kami ada membaca tentang berita jenayah yang melibatkan seorang mangsa bunuh yang di’katakan mempunyai kaitan dengan seorang selebriti popular. Tidak pula kami ambil pusing.

Namun, penulis blog jenayah On-D-Scene menulis yang beliau terlihat kelibat Fasha Sandha & Lena AF9 berada di Bilik Mayat Pusat Perubatan UKM.

Lelaki yang di’syaki mati di’bunuh ini di’kenali sebagai Mazlan Mohamad berusia 29 tahun dari Semporna, Sabah — yang juga anak angkat kepada ibu Fasha Sandha, Halijah Teh Man.

Menurut Fasha Sandha, Mazlan Mohamad merupakan seorang yang rapat dengan keluarga mereka dan kehilangan lelaki ini merupakan sesuatu yang besar buat keluarga mereka.

“Saya tidak menyangka arwah pergi dalam keadaan seperti ini dan berdoa agar di’tempatkan di’kalangan orang beriman,” kata Fasha Sandha kepada wartawan di’lokasi.