Di’tengah kemelut kekeliruan fakta tentang Bukit Kepong oleh sesetengah ahli politik, pengarah muda ini rancang sesuatu.

Syamsul Yusof melalui blog beliau mengesahkan yang filem remake Bukit Kepong sekarang dalam proses pembikinan.


Filem pertama berjudul Bukit Kepong di’arahkan oleh Jins Shamsudin sekitar tahun 1981 dan ini merupakan usaha pertama Syamsul Yusof mengarahkan filem bercorak sejarah Malaysia.

Menurut Syamsul Yusof, filem yang akan menelan belanja sebanyak RM6 juta ini akan menekankan ketepatan fakta selain jalan cerita yang lebih menarik minat golongan muda untuk ke panggung.

Hari ini juga, Syamsul Yusof mengesahkan yang beliau sedang bekerja untuk KL Gangster 2 yang akan memulakan penggambaran sekitar November 2011.



Lebih menarik, Syamsul Yusof berjaya membawa masuk nama besar yang di’cari sejak filem pertama — Rosyam Nor untuk muncul sebagai watak utama KL Gangster 2. Filem sekuel ini akan menelan belanja sebanyak RM3 juta.