fbpx

Tasha Shilla Terima Tawaran Lakon Filem Biopik Jimi Hendrix, Tunggu Skrip

Nampaknya kemenangan di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 baru baru ini menjadi pemangkin kepada kerjaya Tasha Shilla yang kini semakin sibuk dengan jadual lakonan & aktiviti seni.

Portal hiburan GUA hari ini melaporkan yang pemegang gelaran Artis Baru Wanita Paling Popular ini sudah menerima tawaran memegang watak dalam sebuah filem Hollywood.

Filem yang di’maksudkan bukan juga calang calang kerana media Hollywood baru sahaja bercakap berkenaan filem ini dalam beberapa hari lepas — filem biopik, Jimi Hendrix.

Siapa Jimi Hendrix anda tanya? Beliau di’anggap sebagai pemain gitar elektronik terhebat dalam sejarah muzik dunia & mempunyai pengaruh yang sangat kuat walaupun hanya aktif mainstream hanya untuk tiga tahun.

Dalam perbualan telefon Tasha Shilla bersama wartawan kami, pelakon ini berkata beliau masih menunggu skrip sebelum mengesahkan penglibatan pertama beliau dalam projek itu & mengharapkan peminat supaya berdoa yang skrip yang ada sesuai dengan status Muslim beliau.

Jika Tasha Shilla berjaya terlibat dalam projek filem Hollywood ini, memang saham aktress muda ini bakal mencanak naik. Silap haribulan boleh rangkul berbakul anugerah selepa sini untuk di’bawa ke kompleks membeli belah. Eh.