Maya Karin Bertudung Sebagai Muka Hadapan NUR & Kisah Hiburan Yang Lain

Beberapa hari lalu, ada pembaca yang menegur kami sudah pun ketandusan idea apabila menulis entri berkaitan muka hadapan majalah tempatan.

Kami ambil teguran itu sebagai sesuatu yang positif dan berjanji akan ada lebih banyak kisah muka hadapan majalah selepas ini. #LOL

Siapa boleh lupa imej ikonik Maya Karin yang bertudung dalam filem Ombak Rindu, dan imej yang lebih kurang sama kini di’abadikan.

Maya Karin bergandingan bersama seorang calon akhir Pencarian Covergirl NUR 2011/12, Azila dan aktress ini masih bercakap tentang peranan beliau dalam Ombak Rindu. Hmm. Teruskan Membaca

Maya Karin Lancarkan Single Terbaru ‘Mimpimu’ Dengan Video Klip Rasmi

Tidak juga boleh kami katakan yang ini merupakan single baru rasmi Maya Karin kerana ia’nya di’umumkan secara santai.

Melalui laman sosial Twitter dan Facebook Isnin lalu, Maya Karin berkongsi satu video bersama para peminat beliau.

Menurut Maya Karin, lagu berjudul Mimpimu ini di’rakamkan secara santai dan video yang mengiringi lagu ini juga di’lakukan dalam suasana yang sama.

Kalau anda masih ingat lagi, Maya Karin pernah merakamkan sebuah album berjudul Erti Cinta sekitar tahun 2002 — dan lagu Mimpimu ini tidak jauh lari konsep’nya dari lagu lagu dalam album tersebut pada hemat kami yang tidak pernah belajar muzik ini. Heh.

Okay untuk anda yang rindukan alunan suara Maya Karin, video Mimpimu untuk anda nikmati selepas ini. Enjoice!  Teruskan Membaca

Maya Karin Bakal Terlibat Dalam Pembikinan Video Iklan Dalam Format 3D

Baru semalam kami tuliskan yang Maya Karin sejak akhir akhir semakin kurang gossip, dan hari ini ada satu berita yang positif dari beliau berkaitan kerjaya.

Menurut laporan, Maya Karin kini di’khabarkan sudah mengikat kontrak dengan sebuah agensi pengiklanan – Creative Republic.

Maya Karin bakal terlibat dengan sebuah projek yang mana beliau akan muncul dalam lima buah iklan berasingan menggunakan teknologi terkini 3D.

Menurut CEO Creative Republic, Esther Tan mereka gembira untuk bekerjasama dengan Maya Karin dan berkata proses rakaman episod pertama dalam siri iklan ini akan berlangsung pada 13 Januari ini. Teruskan Membaca

Gambar: Maya Karin Di Sekitar Sidang Media ABPBH & Kini Senyap Tanpa Gossip

Selain daripada kisah kejayaan filem Ombak Rindu yang beliau bintangi, tidak banyak sebenarnya kisah peribadi Maya Karin menjadi tumpuan media dan peminat.

Maya Karin hadir ke sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 (#ABPBH25) petang tadi dengan satu persalinan yang cukup ringkas di’mata kami.

Namun seperti kata orang orang tua, kalau sudah empunya badan itu cantik orang’nya — kenakan apa sahaja persalinan pasti akan tetap kelihatan cantik.

Maya Karin kali ini tercalon untuk kategori Pelakon Filem Wanita Paling Popular bersaing dengan rakan selebriti lain yang boleh tahan hebat juga — Diana Danielle, Eja, Yana Samsudin, dan Lisa Surihani — tetapi, duit pertaruhan kami di’atas nama Maya Karin atas satu sebab, Ombak Rindu. Fingers crossed.

Lagi gambar terbaru Maya Karin yang hadir ke sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 (#ABPBH25) petang semalam. Enjoice!  Teruskan Membaca

Gambar: Maya Karin Sebagai Muka Penghias Pertama Majalah ENF, Idam Watak Puteri

Agak lama juga rasanya kami tidak lihat aktress bernama Maya Karin ini menjadi penghias muka hadapan mana mana majalah.

Terbaru, pelakon wanita yang semakin adventurous ini bersetuju untuk menjadi penghias muka hadapan pertama majalah baru di’pasaran online — Entertainment & Fashion (ENF).

Majalah gaya hidup ENF merupakan sebuah penerbitan oleh WuuHuu Online yang mana turut menerbitkan majalah lain seperti Femag & WuuHuu E-Comic.

Dalam isu pertama ENF ini, Maya Karin banyak berbicara tentang kerjaya dan wartawan ENF sempat bertanya tentang teman lelaki impian dalam hidup beliau — ringkas jawapan Maya Karin, masih belum ada.

Memegang pelbagai watak dalam pelbagai jenis filem sebelum ini, Maya Karin berkata beliau idamkan watak sebagai seorang puteri pahlawan yang gagah dalam filem bergenre pengembaraan epik.

Mahu tahu lagi apa yang Maya Karin katakan tentang kerjaya, kehidupan peribadi beliau & di’mana lokasi membeli belah kegemaran beliau, baca majalah ENF secara percuma sekarang. Teruskan Membaca

12