Gossip: Rita Rudaini Menerima Surat Permohonan Cerai Dari Suami, Aidil Zafuan?

Dan, drama pun kini menjadi lebih hangat dengan kenyataan terbaru Rita Rudaini kepada media.

Terima kasih kepada mStar Online yang sentiasa membawakan berita terkini tentang kemelut dalaman Rita Rudaini & Aidil Zafuan.

Hari ini, Rita Rudaini mengaku di media yang beliau baru sahaja menerima sepucuk surat daripada Aidil Zafuan yang kini berada di sebuah lokasi rahsia.

Menurut Rita Rudaini, surat yang tidak di’duga itu datang daripada peguam Aidil Zafuan dan beliau terkejut dengan isi kandungan surat itu yang di’sifatkan tidak masuk akal — tetapi tidak pula berani untuk mendedahkan apa sebenarnya isi kandungan surat Aidil Zafuan tersebut.  Teruskan Membaca

Rumahtangga Rita Rudaini Dalam Krisis, Aidil Zafuan Lari Dari Rumah Sendiri

Okay. Nampaknya pergaduhan Rita Rudaini & Zaquan Adha di Twitter ada kisah berkaitan yang kurang enak untuk di’baca.

Bercakap kepada mstar Online hari ini, Rita Rudaini mendakwa yang suami beliau Aidil Zafuan kini sudah meninggalkan rumah mereka sejak seminggu lalu.

Rita Rudaini turut memberitahu yang pembantu rumah mereka ada memaklumkan ketika Aidil Zafuan keluar rumah, Zaquan Adha & isteri turut hadir ke rumah membantu suami beliau keluar.

Bunyi macam drama swasta tetapi itu hakikat yang berlaku sekarang dalam rumahtangga Rita Rudaini & Aidil Zafuan. Semua ini dakwa Rita berpunca dari sikap Zaquan Adha yang suka masuk campur.  Teruskan Membaca

Rita Rudaini Mendakwa Zaquan Adha Pernah Hamilkan Wanita & Gugur Kandungan

Nampak’nya semakin menjadi jadi perang Twitter antara Rita Rudaini & adik ipar’nya, Zaquan Adha.

Yang menarik, Rita Rudaini sudah mula mendedahkan kelakuan adik ipar beliau yang di’dakwa tidak bermoral & kejam.

Melalui salah satu kenyataan Rita Rudaini melalui Twitter hari ini, Zaquan Adha di’dakwa pernah menjalin hubungan luar nikah bersama seorang gadis bernama M sehingga mengandung.

Suami kepada Ayu Raudhah itu kemudian di’khabarkan meminta supaya M mengugurkan kandungan beliau — dan salah laku Zaquan Adha ini sampai ke pengetahuan Rita Rudaini setelah gadis M itu sendiri datang mengadu kepada Aidil Zafuan.  Teruskan Membaca

Rita Rudaini Dan Zaquan Adha Bergaduh Di Twitter, Saling Berbalas Sindiran?

Zaman sudah berubah, gaya kita bergaduh juga turut berubah hari ini — jika dulu boleh bertentang mata, kini Twitter & Facebook pun sudah memadai.

Ini bukan kes pertama selebriti bergaduh di dunia maya sejak internet di’cipta dan kita sendiri sebenarnya tidak terlepas dari sindir menyindir di laman sosial masing masing hari ini.

Rita Rudaini & Zaquan Adha kita sudah sedia maklum mempunyai hubungan yang kurang baik sejak aktress tersebut jalin hubungan cinta dengan kembar beliau, Aidil Zafuan tidak lama dahulu.

Dan, perbalahan antara mereka nampaknya tidak menampakkan tanda tanda untuk reda selepas beberapa jam lalu, masing masing mengeluarkan kenyataan sinis melalui akaun Twitter.

Zaquan Adha menulis yang beliau tidak berasa hairan yang Rita Rudaini tidak peduli ibu mertua tidak menyayangi beliau kerana aktress itu sendiri di’dakwa sudah lama tidak balik ke rumah keluarga Aidil Zafuan.

Rita Rudaini membalas kenyataan Zaquan Adha dengan berkata pemain bola sepak itu merupakan punca beliau tidak mahu balik ke rumah keluarga mertua dek kerana sikap’nya yang suka melaga lagakan. Teruskan Membaca

Gambar Terbaru Rita Rudaini & Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah

Hari ini Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan pernikahan aktres Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.

“Alhamdulillah, kami telah menerima pengesahan nikah di sini.”

“Selepas ini kami hanya menunggu tarikh daripada peguam Boestamam Ahmad untuk mendaftar pernikahan kami di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),” kata Aidil.

Maka selepas ini harapnya tiada lagi suara-suara nakal yang mengusik ‘pengantin baru’ ini. Semuanya sudah di’jalankan dengan sah & mengikut hukum.

Dalam gambar terbaru mereka, pasangan sensasi ini nampak seperti pasangan normal. Tidak mengelak media atau jurugambar. Begitu’lah selebriti yang kita mahu. Gambar ihsan mStar Online.