Rita Rudaini: Hati Saya Sudah Tertutup Untuk Berkahwin Lagi
Pelakon yang sudah kerap kali ke mahkamah untuk memperjuangkan hak maruah dan anak-anak, Rita Rudaini telah menjelaskan bahawa kini dia tidak ada lagi hasrat untuk berkahwin kerana pintu hatinya telah tertutup untuk ke arah itu.
Dia yang ditemui semasa majlis pelancaran kempen dan lagu Salute Malaysia di UniKL kelmarin mengatakan bahawa bukan serik untuk berkahwin tetapi tidak mahu untuk anak-anaknya disakiti atau tidak disayangi.
“Hati sudah tertutup. Buat masa ini dalam hati tiada langsung hasrat untuk berkahwin atau apa sahaja, bukanlah rasa tidak ada langsung tetapi saya takut sekiranya anak saya tidak disayangi. Lagipun saya sungguh sensitif apabila orang ‘haip’ anak saya. Orang gaji marah anak pun, saya dah tak boleh,”ujarnya memulakan bicara tentang kehidupan kini.
Isu turun naik mahkamah adalah isu biasa bagi seorang wanita yang bernama Rita Rudaini kerana baginya apa yang dilakukan ini adalah bukan semata-mata untuk mengejar harta atau wang ringgit tetapi adalah kerana maruah dan hak anak-anaknya yang telah diabaikan tanggungjawabnya daripada bekas suami.
Disebabkan itulah dia bersungguh-sungguh untuk terus berada di pihak keadilan untuk membela nasib diri dan juga anaknya, Rayyan 5, dan Arjuna 3.
“Anak-anak faham kerana mereka bersama dan selama ini pun saya sudah besarkan anak-anak sehingga kini. Kalau orang nak kata saya gila duit kea pa, mestilah saya nak kejar VVIP atau menjadi permaisuri ke apa kan?. Pada saya RM300,000 dan yang lain-lainnya bukan ukuran untuk maruah saya dan anak-anak yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit”
BACA: Bukan Soal Duit, Rita Rudaini Fail Tuntut RM300,000 Untuk Sedarkan Aidil Zafuan
“Mengikut undang-undang saya ada hak dan peguam pun sudah kira kesemuanya dan saya hanya menurutinya sahaja dan terpulang pada keputusan mahkamah sama ada mahu memberikan jumlah tersebut atau pun sebaliknya,” katanya tegas.
Rita juga turut menafikan bahawa sesetengah pihak ada yang mengatakannya seperti tidak boleh melepaskan Aidil daripada berbahagia dan menuntut perkara-perkara yang bukan-bukan sehinggakan ada yang sudah muak dengan isu rumah tangga mereka.
“Tak ada masalahnya dia (Aidil) sudah berkahwin dan bahagia kan? Jadi saya sebagai seorang wanita yang pernah berkahwin dalam serba kekurangan dan tak pernah untuk meminta apa-apa dan bila diri saya tak diperlukan lagi takkan saya nak biarkan diri saya sebegitu sekali.
“Sebabnya saya ada anak, saya perlu ‘fight’ saya bukan kahwin tak sah dan saya masuk sini pun saya sudah daftarkan dan mahkamah kata sah. Saya sudah pun menjalankan kewajipan dan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri pada dia dan lahirkan juga besarkan anak-anak dia dengan elok, saya pun dah ikut cakap dia dan tidak ada satu pun mahkamah di Malaysia yang mengatakan saya nusyuz. Saya tak ada kesalahan apa-apa pun dan mahkamah tak pernah cakap saya bersalah. Kalau orang kata saya tak nak bagi dia bahagia ke apa itu tidak”
Rita turut menjelaskan bahawa kali terakhir Aidil menjenguk anak-anaknya adalah pada sebelum Aidil bernikah dan itulah kali terakhir mereka bertemu.
“Apa yang sedih pada tahun ini ialah dia tidak langsung memberikan baju dan duit raya pada anak-anak bertanya pasal baju raya pun tidak. Itu yang saya rasa raya tahun ini cukup marah dan tidak ada mood kerana apa yang telah dia buat pada anak-anak saya”
BACA: Rita Rudaini Terkilan Bekas Suami Tidak Beri Belanja Raya Anak Anak
“Kadang-kala terfikir sekiranya saya bekerja sebagai seorang kerani atau apa sahaja sudah tentu saya tak boleh untuk memenuhi permintaan anak-anak saya. Rezeki anak-anak murah, kalau orang kata saya mewahkan anak-anak itu bukan kerana itu adalah rezeki buat anak-anak. Saya dapat duit dan saya bagi kepada mereka (anak-anak). Baju dia (Aidil) bertukar, baju anak-anak macam itu sahaja. Kalau pergi beli baju itu tak pernah terfikir ke anak-anak?”
“Itu anak dia bukan anak tiri, tempat tinggal anak, rumah sewa pun dia tak bagi, dan disebabkan perkara itulah saya ‘fight’. Sebab dia tinggal di tempat yang mewah-mewah, rumah besar, anak-anak terbiar. Saya buat semua benda ini kerana anak, kalau saya tidak ada anak dengan dia seperti perkahwinan saya yang dulu saya tidak kisah dan tak pernah menuntut apa-apa dan buat hal masing-masing, tetapi kali ini berbeza kerana saya mempunyai 2 orang anak bersamanya (Aidil). Apa gunanya ‘bin’ dia (Aidil)?,” soal Rita Rudaini lagi. (rtky/hfz)
setuju dengan rita..mmg lelaki bila dah bercerai ramai yg lepas tangan..wanita pulak perlu keje utk besarkan anak sendirian..padahal nafkah anak adalah tanggungjawab suami..go rita go..tuntut sampai muflis si aidil tu
Cik Ta tak payah bincang isu tgjwb.sbb memang ada lelaki begitu…komunikasi yg bijak mungkin dapat menolong..wallahuaklam.cubalah
Sedihnya bila baca luaran Rita :(
Haizz..dari geram jadi pula simpati :( :(
Betul juga kata Rita, Aidil tu tinggal kat rumah mewah tapi anak pula nak dibiarkan tinggal kat setinggan ke?
Masa dia shopping kat Pavilion semua tu, beli baju2 branded, tak terfikir ke dia kat anak2? And yg anak sulung tu sebijik muka dia..
Haiz! Kesian kat anak2 ada “ayah” begitu..
*luahan*
Go Rita… Xsalah tuntut ..bior dia rasa..buat Ank pndai..smpi dua lg…bab nafkah buat bodo je..
laaa. umum dazh tau aisdil mewah pun kerna bini dia skg org kaya…
…nasiblah rita. muhasabah diri.. selain jadi ibu yg solehah …jadilah muslimah yg sejati..
sian anak2 yg jadi mangsa.. dek perbuatan ibu yg ego dan bapa sendiri..
1 Million Like to Nenek Kau..Go Rita Go…
.. nmpk rita mmg garang… mmg takut nk dekat dgn dia…or anak2..
lenkali sesiapa kalau nk kawin..siasat dulu…jgn main rentap je anak org.
cau!!
You’re strong Rita,..good job, keep it up, you’ll make it,
Setuju…500% sgt2, dan pasal hati tertutup tu pun…kita sama Rita, org nampak mentang2lah ibu tunggal ni pakai cantik2…dan rupa pun cantik dan bergaya….tp persepsi masyarakat dan lelaki melayu mmg kolot……itulah cabaran dia, ingat nak menggatal, bodoh pianggg! tapi bg sy, baik sy jadi diri sendiri…….dan jaga diri kan so what?..sapa yg faham hati mcm Rita kecuali yg sama2 alami nasib serupa…adioos.
setuju, walaupun mulut Rita hazab, tapi dalam Hal ni aidil tetap salah..please lah jantan, ko tu bapa! Menyampah mcm mana pun kat Rita, anak2 tu tetap DNA ko. tolonglah bertanggungjawab. jangan nanti apa2 jadi kt anak2 ko baru ko nk sedar, or tuhan Tarik nikmat ko sekarang.
sedihnya baca luahan hati kak RIta. nampak sangat hati kak Rita betul2 terluka dan merana sampai hati pun dah tertutup untuk berkahwin lagi. tapi sy berharap suatu hari nanti kak Rita terbuka hati untuk menerima kehadiran seorang lelaki yang bergelar suami. supaya kak Rita ada teman untuk mengadu dan bermanja :'( :'( :'(
sedihnya baca luahan hati kak RIta. nampak sangat hati kak Rita betul2 terluka dan merana sampai hati pun dah tertutup untuk berkahwin lagi. tapi sy berharap suatu hari nanti kak Rita terbuka hati untuk menerima kehadiran seorang lelaki yang bergelar suami. supaya kak Rita ada teman untuk mengadu dan bermanja :’( :’( :’( :'(
….jangan lah sampai begitu sekali, bagi abang semua itu adalah ketentuan illahi/ jodoh..kita yang merancang..Allah yang menentukan segala galanya..abang harap Rita akan tabah menghadapi dugaan dan rintangan…
just fight Rita.. jgn peduli kta 0wg.. xd sp fham situasi ibu tunggal nih.. suke2 nk perlekeh hak wanita & anak2..
rita ni hot kot.. kalah zarema… kalau rita ni kawin lain, baru bukak mata si aidil ni kot.. time tu baru nak bincang pasal anak2… huh… menyampah aidil..
penah tgk cerita anakku sazali????
rita nie kentut x basuh..sebab tu aidil x nk..
Aih, mana sudah si OLGA SAKIT MENTAL tu? hehehehe… moga Allah permudahkan segalanya :)
go ahead rita..teruskan perjuanganmu..we support you..
I support you rita!!!!!!!!!!!!mmg patut apa yang you buat pada jantan yg tak bertelur tu!skrg ni bini dia si Mona Fendy tu tengah bunting,bila dah beranak nanti,confirm dia langsung dah tak ingat Rayyan & Dik Mok!!!Pergilah 10 kali umrah & haji pun kalau tanggung jawab dan amanah ALLAH diabaikan….mcm mana tu????
Yup setuju rita go for it. Ada sifat kasih keibuan la rita jaga dan didik anak2. Kalau rita tidak ade sifat demikian lepas tangan dan beri aidil dan isteri baru nya ambil tugas… Mampukah aidil menjaganya.. Atau naak ke isteri baru aidil menjaga dua anak2 mereka??
Sedarlah Aidil…… Bahawa anak anak ko ngan Rita tu dedua nyer LELAKI…… Yg akan menjadi WALI pada anak anak perempuan ko yg bakal dilahirkan oleh Zareema… Atau isteri isteri lain…….. Jadilah bapa yg bertanggungjawab supaya anak anak ko esok tidak mensia siakan hidup adik adik perempuan mereka…….. Anak Zareema and anak Rita will be ADIK BERADIK….. And bukan ADIK BERADIK TIRI….. So belajarlah……..????
…….haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak………
setuju sokong rita fight teruskan rita jgn mengalah ramai di belakang rita untuk beri sokongan lelaki mcm tu mmg xleh bagi muka! pakaian dia bertukar anak2 terabai mmg syialllahh !!
Semoga berbahagia…
http://www.groboc.com.my kami menjual pakaian kanak-kanak & bayi. Kami ada banyak koleksi frozen, hello kitty dan disney. Jom lawat website kami.
buat lah apa yang patut rita…asalkan u bahagia
Fight rita, fight. Biar si aidil tu tau langit ni tinggi ke rendah. Lgpun anak lelaki. Portion flm faraid pun byk.
NorafiZah mana ek
Zaman skrg..wanita mmg kena kuat.sbb byk lelaki x guna n poyo mcm aidil ni..aku kesian kat anak2 yg ade bapak tapi bapak giler bodo babun xde perasaan.tambah lg paling aku menyampah mak mentua yg backup anak laki dia.dan x hiraukan cucu..kadang mak mentua mcm tu belom kena kat anak perempuan dia!!!besok kena kat anak pompuan dia baru padan muka. Sama2 bodo x bole di ajar.aku mmg hangin ngan spesis mcm aidil n keluarga dia.paling aku menyampah perampas la.sbb dia la anak2 terabai…bodo babun !!!
Kak rita la sgt…bile masa plak dia blakikn abg korang..wekk
sudah lah tu.. serahkan semua ke mahkamah… tak payahlah nak aibkan si bekas suami untuk tatapan orangramai.. tak baik gitu. kita pun tak boleh dengar pada sebelah pihak saje. tak adil. kena juga dengar pihak lelaki pulak. kita pun tak boleh berat sebelah. macam bersubahat pulak. jadi tunggu lah yang arif dari mahkamah buat kesimpulanya.
Bila da cerai startla cerita aib org kt 1 dunia…nk cerita keburukan ex pon dia tu ayah kepada anak rita jgk..nnt bdk2 tu da besar drg sendiri dpt malu..kalau 1 dunia ckp ayah dia ni tk guna..tentu bdk2 ni sedih..jgn nnt org ckp rita ni gila talak pulak tk abis2 cerita sal dia nya ex kat media..
x mustahil ank aidil yg bakal lahir ni akan timpa nasib yg sama dgn ank2 rita..doakan yg baik2 k u alls..
Teruskan berusaha dan berdoa, rita. Mudah2an rita akan berjaya dalam menuntut hak anak-anak. Moga nanti Allah akan beri rezeki yang mencukupi bagi rita dan anak-anak. Dan kepada aidil, laksanakanlah tanggungjawab. What goes around comes around….
Rugi le tak kawin wahai Rita. Tak merasa lah separuh nikmat hidup dunia. Jangan serik2 dlm mencari bahagia. Bukan semua lelaki sama perangai masih ada lagi yang sesuai & yang penting baiki dulu perangai buruk kalau ada (taksub kemewahan & enggan bersyukur) di dalam diri
hahaha kalau nak pun ada ka lelaki yg nak.. dgn perangai mcm ni… mulut yg mcm ni.. mengungkit x hbs2… semua org salah.. sendiri sj yg betul… aib org dijaja merata.. x ada yg berani kot…. kalau prkhwinan kita gagal x semestinya hnya dsbbkan sblh phk sj… muhasabah la dr sndri.. mgkin sbb skp kita yg membuatkan org kesayangan kita angkt kaki… kdg2 rasa aidil ni bagus jugak.. rita dah mcm pijak2 maruah dia tp x ada langsung mulut dia berckp hal rita.. hanya rita saja yg duk sibuk mencanag keburukan dia.. dari masa jd laki sampai la skrg jadi bekas laki.. x hbs2……
haha.. kalau kawen nnti tak bolehla mengendeng kekayaan bekas suami.. ke sedar diri tak ada lelaki nak sebab permintaan yang macam2?
Entahlah, saya tak rasa pun rita ni melampau. Dia mempertahankan hak anak-anak dia. Itu saja. Betulla apa Rita cakap, apa guna bin kan Aidil, kalau makan pakai minum nafkah secara total tak di ambil kira. Anak-anak tu bukan anak-anak tiri. Kalau tengok rekod dekat jabatan agama islam, berapa ramai pihak lelaki bila berpisah dengan suami mengabaikan tanggungjawab dekat anak-anak. Nafkah tak diberi, jenguk tak pernah. Bila dah tua baru nak mengaku anak-anak tu anak-anak dia. Bila anak buat tak reti, mula label anak tu anak derhaka.
Rita beruntung sebab dia public figure. Semua mata memandang, cuba bayangkan mereka yang bukan public figure, berniaga pagi-pagi buta nak sara keluarga sebab nafkah suami tak bagi langsung.
Jangan salahkan Rita semata-mata, buka mata buka hati tengok kedua-dua pihak. Hanya kerana Aidil tak bagi kenyataan balas semua orang cakap Rita ni mengungkit la, rita ni mulut bisa la rita itu rita ni,. Dia cuma menuntut hak anak-anak dia.
siapa kita utk menilai buruk baik nya seseorang..salah ke menuntut yg sememangnya hak anak2 kita..org hanya blh mengatakan ini itu..klau x malu pd anak2 pon ..takut lah pd balasan tuhan
Sokong rita perjuangkan hak wanita… yg dah laluinya saja tau kdaan ditggl suami…idup rita!!…
olga dh brtukar jd cecilia..dia nk carlos miguel
Perasan hot..pdhal org pun takut tgk history die.menjaja aib org je tau..x malu meminta2..aidil..ko klu takut rita makan duit ko..ko buat akaun utk anak2 ko msk duit ckp umo 18 thn ada saving utk ank2.sbb klu ko bg kat dia fhm2 la..konon je utk anak2..
Maaf sekiranya isu ini dihangatkan. Memang betul Rita ada hak untuk menuntut nafkah bagi anak-anak dia…Sebagai ibu kepada anak-anak itu, memang Rita perlu untuk menuntut hak-hak mereka… Tetapi ada satu penjelasan dari Rita yang mengusik hati saya atau mungkin sesetengah golongan iaitu KERANI melalui petikan ini :-
“Kadang-kala terfikir sekiranya saya bekerja sebagai seorang kerani atau apa sahaja sudah tentu saya tak boleh untuk memenuhi permintaan anak-anak saya”.
Rendah sangat ke kehidupan bagi seorang kerani ?. Miskin sangat ke apabila jadi kerani ?. Rita perlu ingat, berapa ramai peminat Rita yang bekerja sebagai kerani.
Saya sendiri pun bekerja sebagai kerani dan mempunyai 3 orang anak. Alhamdulillah kehidupan kami masih lagi mampu tanpa perlu meminta simpati atau bantuan dari sesiapa. Rezeki anak-anak mmg murah. Pakaian, tempat tinggal, makan minum dan ilmu semua masih mampu disediakan (dgn mengikut kemampuan dan hukum syarak). Berbelanjalah mengikut kemampuan. Kehidupan masih boleh diteruskan tanpa mengira kaya atau miskin hidup seseorang.
Jika Aidil tidak melaksanakan tanggungjawab dia di dunia ini dan dia fikir dia boleh terlepas.., Biarlah… Nanti biarlah dia menjawab sendiri di kubur dan di akhirat. Akan datang bahagian dia nanti.. Segala kelakuan dia akan dihisab.. ALLAH ITU MAHA ADIL..
Mohon Rita berfikir dulu sebelum memberikan sebarang penjelasan.
Sekian, terima kasih.
Rita ni perasan bagus..yg pelik nye ramai plak yg myokong.sudah2 la mengemis tu..jgn sampai aidil minta hak pjagaan anak2.masa tu baru nk menyesal sbb byk bunyi sgt.Aidil ..klu wake up ko perlu amik tindakan klu dah melampau sgt pompuan ni meminta2.klu dia ssh sgt nk jaga anak tu ko amik hak pjagaan anak…
Dah x laku berlakon.Macam ni je la publisiti yang ada.selagi boleh aib..aib kan..mmg tak salah meminta hak.tp tak payah kecohkan kat media.gila publisiti.
Kesian kat anak2..for sure anak2 malu tgk mak dia yang konon nya mempertahankan hak anak2 tapi tak sedar mjatuhkan maruah dia sendiri , anak2 & bekas suami.berdiam lebih baik dari berkata2 yg mguris hati ramai orang.dalam rita sibuk pertikaikan konon nya tggjwb aidil sbg ayah bla3…tak pernah ke rita terpikir yang dia pun x jalan kan tggjwb sebagai muslimah dengan menutup aurat & menjaga aib suami dahulu?? Sebelum nak pening kan kepala pikir dosa aidil.pikir la dosa sendiri yang berlambak tu.stop it memburukkan orang lain..
100% betul beli cermin besar2 cermin diri sendiri dulu.tak payah asyik nampak buruk orang je.diri sendiri perasan perfect sgt. mengemis.bina la hidup baru.tak payah pikir orang tu dpt bini kaya ke..gaji byk ke..duit org klu dia pikir tggjwb dia sendiri akan bagi x payah di suruh2 & di paksa2.malu la..klu ada jodoh kawin je la.tak payah bagi alasan takut tak sayang anak la apa ..klu ada lelaki yg berani hidup dgn hg la.
Rita ni muka jahat tp yg muka jahat tu la yg jujur dan x play victim mcm yg muka baik. Aku doakan Rita dpt apa yg dia perjuangkan. Ameen
Assalamualaikum, dr dulu kak memang sokong Rita, u cukup package bakat, body semua cukup.u boleh dapst lelaki seribu lebih baik dr sidia yg xmengenang budi tu.u sanggup kawin tnpa majlis hebat, u sanggup disisih family dia mcm2 u terima dgn sabar smpai dianugerahkn anak2.u tetap sabar.tahniah adikku, teruskn berjuang demi anak2.u wanita hebat.
aku sokong rita,jgn bagi lelaki pijak2 kepala kita.yg si jantan pun satu selesaikan aje la .mesti rita tak bising lagi.heboh je lebih .puiiiiiiiiiiiii
RITA….Kuatkn semangat..teruskn perjuangan tuntut hak anak2….tapi lebih baik RITA tunaikn juga hak ALLAH dlm masa yg sama….tutup aurat….solat 5 waktu sempurnakn…..
Surah muhammad ayat 7…..Jika kamu tolong agama ALLAH,ALLAH akan membantu kamu…..
JAnji ALLAH ITU BENAR…..Yakinlah…..