Malam tadi merupakan kemunculan pertama Sharnaaz Ahmad membawakan watak lembut dalam drama bersiri Suamiku Encik Sotong dan rata rata peminat yang menyaksikan episod pertama itu memuji lakonan beliau yang nampak berbeza dari sebelum ini.
Bercakap kepada Sinar Harian hari ini, Sharnaaz Ahmad meminta para peminat melupakan watak ikonik Jebat lakonan beliau sebelum ini dan memberikan fokus kepada watak lembut lakonannya dalam drama Suamiku Encik Sotong ini.
BACA: Sharnaaz Ahmad Nasihat Shila Amzah Untuk Berbaik Semula Dengan Media
“Ini adalah kali pertama saya mencabar diri untuk membawa watak seumpama ini. Malah saya mengambil masa sehingga dua bulan untuk menerima tawaran ini memandangkan watak ini jauh berbeza dengan diri saya. Namun, jalan cerita sangat menarik!”
“Menerusi drama ini, saya turut mengorbankan imej dengan membiarkan perut sedikit buncit walau pun mempunyai pusat gimnasium sendiri. Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kepada penonton sekiranya lakonan kali ini tidak menjadi”
“Sehingga kini, saya tidak berani menonton playback takut timbul rasa tidak puas hati. Sejujurnya saya sudah mencuba sebaik mungkin. Kalau dulu orang panggil saya Jebat, sekarang saya bersedia dipanggil sotong,” ujar Sharnaaz Ahmad sambil ketawa.
Pelakon ini turut menambah yang drama ini bukan bertujuan untuk mengeksploitasi golongan lelaki lembut namun lebih kepada situasi golongan ini sering dipergunakan orang lain. (rtky/m)