Rita Rudaini yang menolak saranan peguam bekas suaminya, Aidil Zafuan yang tuntutan RM1,500 sebulan sebagai keperluan makan dan minum dirinya adalah melampau.

Beliau memberitahu Mahkamah Tinggi Shariah Shah Alam bahawa jumlah itu merangkumi segala perbelanjaan keperluan dapur. Menurutnya, dia memperuntukkan perbelanjaan makan dan minum sebanyak RM50 sehari.


BACA: Individu Menyamar Sebagai Remy Ishak Dan Cuba Lagakan Dengan Rita Rudaini

“Sekiranya tidak bekerja saya akan masak dan makan di rumah. Setiap hari saya makan empat kali sehari,” katanya dalam kenyataan kepada mahkamah.

Bagaimanapun pelakon tersebut bersetuju dia tidak kemuka sebarang dokumen yang menyokong perbelanjaan hariannya itu. Selain itu, ibu kepada dua anak itu menuntut bayaran bil utiliti RM600 sebulan dari bekas suaminya itu.

“Ia adalah berdasarkan bil semasa dan sekiranya lebih, saya tambah menggunakan duit sendiri”

Rita Rudaini turut memberitahu mahkamah bahawa bekas suaminya itu menggunakan Mercedes GLC 350 selain mempunyai motorsikal mewah jenama Ducati.

“Selepas dia keluar dari rumah, saya tidak tahu status kereta itu dan saya juga tidak bersetuju kereta itu dibayar majikan. Selain itu dia juga mempunyai motosikal berkuasa tinggi iaitu Ducati Monster yang dibeli sebelum meninggalkan saya,” katanya.

Terdahulu, peguam Aidil Zafuan, Rushdan Sujak Rafee memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir kerana sedang menjalani persiapan akhir Liga Malaysia. Rita Rudaini yang diwakili peguam, Datuk Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan RM102,000 daripada Aidil Zafuan, 28, sebagai nafkah tertunggak selama 20 bulan pada 26 September 2014. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man ditangguhkan dan akan bersambung pada 27 Januari ini. (rtky/hfz)