Sebelum ini, ada juga cakap cakap mengatakan yang tuntutan naflah tertunggak yang dibuat Rita Rudaini sejumlah lebih RM300,000 sebagai melampau dan Aidil Zafuan sendiri dalam satu kenyataan berkata ianya sebagai mengarut.

BACA: Bukan Soal Duit, Rita Rudaini Fail Tuntut RM300,000 Untuk Sedarkan Aidil Zafuan

Terbaru, Rita Rudaini mendedahkan yang bekas suaminya itu menerima pendapatan bulanan atau gaji sebanyak RM50,000 sebulan dan sebenarnya mampu untuk membayar tunggakan nafkah seperti mana yang dituntut pihaknya.

“Beliau (Aidil) pernah memaklumkan kepada saya bahawa dia memperoleh pendapatan lebih daripada RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Takzim (JDT) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)”

BACA: Melebihi Sepatutnya, Aidil Zafuan Tidak Setuju Tuntutan Mutaah RM300,000

“Oleh kerana defendan (Aidil) mempunyai pendapatan besar, beliau mampu memiliki kereta mewah iaitu Mercedes CLS350 dan motosikal berkuasa tinggi Ducati Monster,” katanya.

Rita Rudaini turut menambah yang Aidil Zafuan gagal membayar sebarang nafkah bermula Januari 2012 sehingga Ogos tahun lalu di mana mereka bercerai dan sepanjang tempoh 20 bulan itu tiada seorang wakil pun dihantar untuk memberikan nafkah. (rtky/m)