Hujung minggu lalu menerusi ruangan hiburan Harian Metro ada menulis yang kononnya pelakon Fauzi Nawawi kini dalam diam menjalin hubungan cinta dengan pelakon muda Miera Liyana selepas ada yang ternampak mereka berpegangan tangan disebuah majlis.

BACA: Fauzi Nawawi, Miera Liyana Bercinta Dalam Diam? (ext.)


Bercakap kepada mStar Online hari ini, Fauzi Nawawi menafikan sekerasnya gosip tersebut selain menganggap ianya sebagai karut dan melukakan perasaan isterinya, Lisdawati.

“Beza umur kami 20 tahun dan saya percaya dia mempunyai lebih ramai pilihan selain saya. Gosip ini sememangnya mengarut. Ia telah membuatkan perasaan isteri saya terluka”

“Sebelum ini saya pernah bercakap; ‘Bertuah sangat kalau Leyana tu nak bagi pegang tangan’ pada sebuah majlis dan ia mungkin telah disalahertikan. Malangnya timbul cerita lain pula konon saya dilihat berpimpinan tangan dengan Miera seperti pasangan kekasih,” jelasnya.

BACA: Berbikini Dalam Filem Baru, Miera Liyana Tidak Rasa Dieksploitasi

Fauzi Nawawi menambah yang beliau tidak kisah dengan gosip sebegini kerana ini bukan pertama beliau berhadapan dengannya tetapi lebih kasihankan Miera Liyana yang masih mencipta nama.

“Kasihanlah pada dia (Miera). Baru nak cipta nama, gosip dah macam-macam. Bagaimanapun saya harap gosip ini tidak akan menjejaskan filem lakonan saya, Kelibat yang bakal ditayangkan 6 November ini,” tambahnya lagi. (rtky/m)