Ketika persembahan Shila Amzah dengan lagu Masih Aku Cinta di pentas Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) baru baru ini, Sharnaaz Ahmad ada memuatnaik status mengucapkan tahniah buat penyanyi itu atas persembahan hebat beliau, walau belum diumum naib juara.

Status Twitter Sharnaaz Ahmad tersebut bagaimana pun telah dipadam selepas mendapat reaksi bercampur daripada para peminat yang mula berspekulasi sesama mereka.


#02 Shaarnaz Ahmad Pasrah Komen Balas Shila Amzah - ROTIKAYA

Melalui program Melodi sebentar tadi, Sharnaaz Ahmad telah memberikan komen beliau berkaitan ‘komen balas’ yang dibuat oleh Shila Amzah menerusi Instagram beliau yang mengubah lirik lagu Masih Aku Cinta kepada Tidak Aku Cinta — balasan terus kepada status pelakon itu.

#01 Shaarnaz Ahmad Pasrah Komen Balas Shila Amzah - ROTIKAYA

“Kita baling bunga pada dia, dia baling **** pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia. Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yang sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong dia,” ulas Sharnaaz Ahmad.

Pelakon ini juga berkata yang status Twitter itu dimuat naik bukan satu cubaan untuk memikat hati Shila Amzah kembali seperti yang didakwa segelintir peminat. Kami pun rasa tidak salah untuk Sharnaaz Ahmad ucapkan tahniah sebegitu, jangan spekulasi lebih ya. (rtky/m)