Gambar: Diana Danielle Selesa Beraya Di Kampung Halaman Farid Kamil

Minggu lalu, kami perasaan tweet mesra antara Farid Kamil & Diana Danielle.

Farid Kamil mengucapkan terima kasih kepada Diana Danielle kerana menjadi penyeri rumah terbuka beliau.

Dan, Diana Danielle membalas dengan penuh kasih sayang. Pasangan romantis. Am I right?

Menurut sumber, Diana Danielle tidak turun seorang ke rumah keluarga Farid Kamil di Alor Setar, Kedah. Ibunya turut menemani kunjungan gadis ini.

Jika ada yang beranggapan pasangan Farid Kamil & Diana Danielle akan mengikat apa apa hubungan serius tidak lama lagi, anda perlu bertenang.

Farid Kamil dalam satu kenyataan kepada media mengakui hubungan cinta mereka di’ketahui keluarga namun belum merancang apa apa yang serius.

Jangan tunggu lama lama Encik Farid Kamil, pihak satu lagi punya banyak kelebihan. Faham faham sahajalah. Lagi gambar selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca

Diana Danielle Anggap Fesyen Satu Pembaziran, Bakal Keluar Single Baru

Orang Lembah Klang sebenarnya sudah baca artikel mStar Online ini sebulan yang lalu — jika mereka membeli The Sunday Star.

Hello Diana Danielle! Lama kami tidak menulis perkembangan terbaru Diana Danielle. Mahu tulis gossip pun tiada bahan, percintaan dengan Farid Kamil nampak tiada masalah. Me gusta!

Selepas membaca artikel di mStar Online, ianya menarik minat kami untuk highlight prinsip yang di’pegang oleh pelakon sensasi remaja ini — fesyen adalah satu pembaziran.

“Ramai yang berkata saya ini seorang yang selekeh. Memang betul pun. Saya tak ikut perkembangan fesyen terkini dan menganggap fesyen memerlukan saya keluarkan wang yang banyak.”

“Saya tak kisah jika berhabis wang untuk kucing kesayangan, buku dan DVD filem. Membeli barang-barang solekan, minyak wangi dan baju adalah satu pembaziran,” kata Diana Danielle.

Selain turut mengakui beliau seorang yang tidak pandai berfesyen, Diana Danielle juga turut mengimpikan memiliki perpustakaan mini di rumah sendiri kerana beliau seorang yang ‘gila buku’.

Diana Danielle bakal muncul dengan single terbaru berjudul Tak Pernah Ada tidak lama lagi. That’s all.

Gossip: Farid Kamil Tinggalkan Diana Danielle Dek Bersifat Budak Budak?

Nampaknya, kisah perpisahan Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) bukan satu-satunya kisah sensasi minggu ini.

Sebagai penutup minggu penuh drama ini, ada kisah menarik tentang pasangan yang tidak pernah mengaku bercinta ini.

Umum sedia maklum yang Farid Kamil & Diana Danielle berkawan rapat sehinggakan ada gossip mengatakan mereka sedang hangat bercinta.

Kemunculan semula Syamsul Yusof dalam hidup Diana Danielle sejak kebelakangan ini juga di’katakan mengundang rasa kurang senang Farid Kamil — seperti biasa, penafian demi penafian.

Terbaru, ada sumber yang mengatakan Farid Kamil telah memutuskan hubungan cinta’nya dengan Diana Danielle hari ini.

Menurut pemberi maklumat secara umum ini, antara sebab Farid Kamil tinggalkan Diana Danielle adalah kerana sikap tidak matang gadis itu.

Diana Danielle di’katakan suka menunjukkan sifat kebudak-budakkan dan suka mencari gaduh atas sekecil kecil perkara dalam hubungan mereka.

Kepada media massa yang mempunyai segerombolan wartawan, kejar mereka untuk jawapan pasti please. Kami kini sibuk dengan isu Fasha Sandha. HAHA!

Gambar: Diana Danielle Sebagai Gadis Cover Remaja & Lima Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Hampir pertengahan Januari 2011 baru kami perasan yang Diana Danielle menjadi gadis penghias Remaja bulan ini. Slowpoke? Yes!

Kami suka untuk memetik sebahagian dari isi kandungan temubual Remaja bersama Diana Danielle.

Dalam temuramah bersama Remaja, Diana Danielle mendedahkan lima perkara yang mungkin anda tidak tahu tentang pelakon remaja popular ini.

Lima perkara tentang Diana Danielle itu adalah seperti berikut;

  • Diana Danielle seorang yang kidal
  • Diana Danielle seorang yang rabun jauh
  • Diana Danielle seorang yang sangat suka makan petai
  • Hobi terbaru Diana Danielle adalah menunggang kuda
  • Diana Danielle tidak mempunyai dompet, beliau selalunya akan campak duit ke dalam beg tangan atau poket seluar.

Lagi gambar Diana Danielle dalam majalah Remaja selepas ini. Kredit tanpa prejudis buat team Remaja & dapatkan naskah anda hari ini — hanya RM5.00. Enjoice! Teruskan Membaca

(Gambar) Diana Danielle Ketika Kecil

Seperti yang kami janjikan semalam, kami akan berikan kepada anda semua set gambar selebriti yang kalian teka semalam.

Dengan undian 59% daripada anda semua menjawab selebriti itu adalah Diana Danielle, tanpa ragu lagi, kami persembahkan koleksi gambar Diana Danielle.

Gambar ini pada asal’nya di’kirimkan oleh Diana Danielle melalui Twitter & kami sebagai parasit meminta kebenaran untuk menggunakan gambar ini buat peminat semua.

Orang tua kata senyap tanda setuju. Maka, dengan itu kami guna juga gambar comel Diana Danielle ini tanpa persetujuan bertulis. Informasi untuk anda.

Lagi koleksi gambar Diana Danielle ketika kecil selepas ini. Termasuk gambar comel beliau tanpa baju. Jangan enjoice please! Teruskan Membaca

123