Isteri kepada pelawak Achey iaitu Anne berkongsikan khabar gembira mereka bakal menimang cahaya mata selepas 15 tahun menanti.
Menerusi video dikongsikan sebentar tadi, Anne berkongsikan momen menerima perkhabaran gembira itu dimana dia bersama Achey dilihat meluahkan rasa syukur serta mengalirkan air mata.
BACA: Jalani IVF Kali Kedua, Isteri Sebak Lihat Pengorbanan Achey Urus Kerja Rumah
Dalam video itu juga, Achey turut melakukan sujud syukur menerima khabar berkenaan kerana diizinkan Tuhan untuk menimang cahaya mata selepas sekian lama menanti.
“Bukan sehari dua kami menunggu. Bukan setahun dua kami berharap. Tetapi selama 15 tahun, kami menyimpan impian yang sama…
“Ada doa yang tidak pernah putus walaupun berkali-kali diuji. Perjalanan ini bukan mudah, tetapi kami percaya setiap yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya,” tulis Anne.
Diruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira dan sebak dengan perkhabaran berkenaan serta mendoakan agar dipermudahkan segalanya.