Nora Danish Enggan Komen Isu Perkahwinan Bekas Suami, Nafi Kini Sedang Bercinta

Agak susah untuk kami bertemu mata dengan aktress comel Nora Danish dek kerana beliau sendiri lebih sibuk dengan kerjaya.

Berkata kepada wartawan ketika menghadiri majlis anugerah PPMH 2011/12, Nora Danish kini sedang sibuk dengan drama & beberapa tawaran filem yang ada.

Tidak boleh lari dari soalan yang berbaur peribadi, Nora Danish di’ajukan soalan akan isu kahwin Rizal Ashram dan Fasha Sandha yang kembali hangat.

Pantas Nora Danish menjawab yang beliau tidak mahu berikan apa apa komen berkaitan isu perkahwinan mereka dan juga tidak mampu memberikan jawapan sama ada akan hadir ke majlis perkahwinan mereka jika di’jemput.  Teruskan Membaca

Gambar: Peminat Tegur Nora Danish Sambut Halloween, Ikut Budaya Barat

Selamat pagi Isnin kawan kawan rakan dunia pekerjaan sekalian. Bagaimana hujung minggu anda, ada yang menarik untuk di’kongsi? Nora Danish ada.

Malam hujung minggu yang lalu, Nora Danish ada mengirimkan sekeping foto diri beliau di Facebook bersama seorang rakan yang tidak dapat di’kenalpasti.

Di’sertakan ucapan Happy Halloween dari Nora Danish, gambar ini menunjukkan beliau sedang bergembira menyambut Hari Halloween di’sebuah tempat yang menganjurkan acara bersempena sambutan tersebut.

Gambar kiriman Nora Danish ini langsung menjadi isu bualan para peminat di’ruangan komen yang rata rata kurang senang dengan tindakan Nora Danish menyambut perayaan dari Barat itu.

Kalau di’rujuk kepada sejarah, perayaan Halloween tidak ada berkaitan dengan mana mana agama di’atas dunia ini namun di’akui ia’nya dimulakan oleh orang orang Barat.

Bukan mahu membela Nora Danish atau menegakkan benang basah, namun tindakan Nora Danish menyambut Halloween untuk suka suka tiada masalah buat kami. Jangan terpesong akidah, sudah.

Gambar: Nora Danish Bersama Putera Raykal Ramli Di Pra Anugerah Skrin 2011

Okay. Bukan pra Anugerah Skrin 2011 tetapi majlis sidang media untuk melancarkan tema & merasmikan Anugerah Skrin 2011.

Sebenarnya kami tidak ada kisah terbaru Nora Danish untuk kami lampirkan bersama gambar beliau kali ini. Jika anda membaca teks tulisan kami ini sehingga habis, anda memang awesome.

Ini semua gara gara kami tidak sempat untuk ‘menculik’ Nora Danish untuk sessi temubual ringkas seperti mana yang biasa kami lakukan.

Menyelak laporan laporan lama pihak media juga tidak banyak kisah sensasi Nora Danish sejak akhir akhir ini — mungkin beliau kini lebih fokus dengan kerjaya & membesarkan anak lelaki beliau.

Nora Danish hadir bersama Putera Raykal Ramli ke sidang media Anugerah Skrin 2011 petang tadi dan jurugambar kami sempat merakamkan beberapa keping gambar mereka berdua untuk tatapan anda. Teruskan Membaca

Fasha Sandha & Rizal Ashram Kembali Mesra, Kini Sedang Bercinta?

Mungkin ini berita baik, mungkin juga ini berita kurang baik.

Masih ingat gambar Johan Asari memeluk Fasha Sandha yang kami siarkan semalam? Itu terjadi di rumah terbuka di salun Chinta milik Fasha Sandha.

Menurut laporan Murai, Rizal Ashram (Jejai) turut berada di’situ atas undangan Fasha Sandha sendiri. Persoalan merepeknya ialah, kenapa Jejai berada di’situ?

Ketika bulan Ramadhan lalu, ada juga beberapa laporan media mengatakan mereka terserempak dengan Fasha Sandha & Jejai berbuka puasa bersama.

Dan kali ini Fasha Sandha menjemput jejaka ‘dompet lebat’ ini ke majlis rumah terbuka beliau. Adalah mereka kini kembali bersama?

Ketika di’ajukan soalan itu oleh wartawan, Fasha Sandha nyata tersipu malu untuk menjawab namun mengatakan yang Jejai hadir hanya sebagai teman, tidak lebih dari itu.

Tidak salah rasanya jika mereka berdua benar benar kembali bersama, maklumlah masing masing masih single. Lainlah kalau Fasha Sandha sudah membalas cinta Johan Asari. Eh.

Gambar: Fasha Sandha Tepis Dakwaan Reka Laporan Polis, Tampil Bukti

Nampaknya masih belum reda drama sensasi minggu ini yang melibatkan aktress panas, Fasha Sandha. Namun kali ini melibatkan beberapa orang blogger & wartawan.

Tiga buah blog menulis tentang laporan polis Fasha Sandha yang di’dakwa sebagai tidak wujud dalam simpanan pihak polis.

Rakan media kami OHBULAN!, Hazrey & Mazidul Akmal menulis tentang persoalan laporan polis yang di’dakwa di’lakukan Fasha Sandha terhadap seorang wanita yang di’dakwa mengugut untuk mencederakan beliau.

Ramai termasuk kami pasti wanita yang di’maksudkan adalah Nora Danish dek kerana drama yang sedang berlangsung sepanjang minggu ini.

Namun, laporan polis yang di’kemukakan oleh Fasha Sandha seperti gambar di’atas bertarikh 14 Februari 2008, jam 6.15 pm ini turut menimbulkan tanda tanya.

Selain kandungan laporan polis yang tidak di’dedahkan (kami pasti atas alasan kandungan sulit), pihak polis nampaknya mengambil masa agak lama untuk selesaikan kes ini.

Jadi, jika benar ini laporan polis yang Fasha Sandha maksudkan beberapa hari lepas, apakah status siasatan sekarang?