TS: Aaron Aziz Makan Kek, Fasha Sandha Hafal Skrip, Tiz Zaqyah Atas Basikal & Kila Fairy

Anda perlu akui yang tajuk Twitter Selebriti kali ini sendiri sudah epik sifatnya — belum anda lihat isi kandungan entri ini lagi.

Kenapa Twitter Selebriti muncul di hujung minggu bukan’nya awal minggu seperti selalu — kerana anda semua akan sibuk dengan keputusan Anugerah Juara Lagu ke 26 Isnin nanti untuk peduli.

Jadi, tanpa membuang masa hatta sedetik cuma, apa yang kita ada untuk edisi Twitter Selebriti kali ini? Kita ada aksi Aaron Aziz yang cuba menjadi comel bergambar bersama sepotong kek.

Kita juga ada gambar santai Yuna ketika zaman muda dan ketika beliau terima ang pao bersempena Tahun Baru Cina baru baru ini. Juga Fasha Sandha dengan imej kampung menghafal skrip. Enjoice!  Teruskan Membaca

Peminat Sendiri Tipu Tiz Zaqyah, Percutian Impian Ke Perth Tinggal Harapan

Alahai bukan sedikit sedih kami apabila membaca kisah terbaru Tiz Zaqyah berkaitan penipuan oleh peminat sendiri ini.

Tiz Zaqyah bersama para peminat beliau sepatutnya sekarang sudah berada di Perth, Australia untuk satu program yang di’beri nama Percutian Cik Qyah.

Namun, individu yang bertugas untuk menjayakan program ini telah mungkir janji di’saat saat akhir dan penipuan ini bukan sedikit nilai’nya — RM60,000.

Menurut Tiz Zaqyah, program itu di’uruskan oleh salah seorang ahli kelab Tiz Zaqyah Razak Fan Club (TZRFC) yang memerlukan peserta yang berminat untuk menyertai program ini membayar antara RM1,700 sehingga RM1,900.

Melalui Facebook rasmi beliau, Tiz Zaqyah sudah mendedahkan wajah dan identiti individu yang bertanggungjawab. Beliau di’kenali sebagai Kak Sherry di’kalangan ahli kelab peminat Tiz Zaqyah. Teruskan Membaca

Tiz Zaqyah Akui Sedang Bercinta Dalam Cosmopolitan Oktober 2011?

Dua hari berturut dengan kisah Tiz Zaqyah, bukan kami rancang.

Mungkin masa memang sesuai ketika ini, drama terbaru Tiz Zaqyah pun baru bermula di TV3 semalam.

Tiz Zaqyah melalui Facebook beliau berkongsi muka hadapan majalah Cosmopolitan di’sebelah (klik untuk tumbesaran sihat).

Ini merupakan pertama kali Tiz Zaqyah menjadi gadis penghias muka hadapan Cosmopolitan sejak bergelar aktress & selebriti. Dan, penampilan pertama ini tidak mengecewakan.

Mengenakan bandage dress berwarna merah jambu berjalur orange ala selebriti Hollywood, Tiz Zaqyah tampak lebih seksi dari kebiasaan. Tetapi bukan itu yang menarik perhatian kami. Konon.

Tetapi ayat penarik di’muka hadapan memetik kata kata Tiz Zaqyah, “Yes, I’m dating Prince Charming” menimbulkan persoalan.

Adakah benar Tiz Zaqyah kini sedang hangat bercinta? Dapatkan naskah Cosmopolitan anda apabila ianya berada di’pasaran. Surprise!

Tiz Zaqyah: Saya Belum Pelajari Ilmu Kewangan, Boros Kerana Makan

Bukan mudah untuk kami bertemu dengan bintang muda, Tiz Zaqyah ini. Kali terakhir sekitar Oktober tahun lalu.

Terbaru berkaitan Tiz Zaqyah, gadis yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 23 bulan hadapan ini akan tampil dengan drama bersiri baru, Sofiyya.

Tiz Zaqyah dalam sessi bertemu media tidak segan silu mengakui diri’nya seorang yang boros jika berbelanja — lebih lebih lagi ke’arah makanan.

Pelakon yang mula menyinar melalui drama Nur Kasih ini berkata beliau suka membawa rakan rakan & membelanja mereka untuk makan bersama kerana itu membuatkan Tiz Zaqyah gembira.

“Saya masih muda rasanya — 22, bulan hadapan saya masuk 23. Dan, saya belum mula belajar apa apa ilmu pengurusan kewangan.”

“Saya seorang yang boros sebenarnya, terutamanya makanan. Saya akan bawa kawan kawan pergi makan dan gembira melihat kami semua bersama. Eh kita makan apa pagi tadi?” kata Tiz Zaqyah merujuk kepada pembantu peribadi beliau.

Tiz Zaqyah turut mengakui yang duit itu penting dan bercadang untuk membeli harta & aset sebagai pelaburan masa hadapan. “Tapi kan, I masih mudalah. Iskk.”

Rindukan Tiz Zaqyah, tonton drama baru untuk slot Akasia berjudul Sofiyya bermula 7 malam hari ini di TV3. Gambar Tiz Zaqyah ketika sidang media petang semalam selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca

123