fbpx

Almy Nadia Kini Akui Kehadiran Orang Ketiga, Keempat Dalam Hubungan

Kalaulah anda masih ingat akan kisah pendedahan kontroversi Fasha Sandha tentang perangai belakang tabir Tiz Zaqyah tidak lama dulu, kisah ini agak relevan.

Almy Nadia hari ini bercakap kepada wartawan Murai tentang perasaan beliau yang sudah puas menangis tentang apa yang terjadi dalam hubungan beliau bersama Fizz Fairuz.

“Kehadiran orang ketiga atau keempat ini semua saya dah biasa. Nak menangis kerana semua itu pun, dah biasa, jadi langkah terbaik jangan terlalu memikirkan tentang cinta kerana ia akan membuatkan saya lebih makan hati.”

“Tapi buat masa sekarang kami ini, masih lagi bersama cuma kurang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerja,” luah aktress yang agak menyepi ini kepada media.

Almy Nadia juga enggan mengulas dakwaan ibu Fizz Fairuz yang pasangan ini bakal berkahwin & mengakhiri zaman bujang Disember ini.

Komen oleh Mr.Obefiend berkenaan terma tipikal ‘kehadiran orang ketiga’ selepas ini. Warning: Not safe for work or under 13 years old.