Di Hollywood, jika seseorang selebriti itu menutup akaun mana mana laman sosial, pasti menjadi isu besar.

Peminat akan mula bertanya atas sebab kenapa peminat mereka di laman sosial tersebut di’tinggalkan begitu sahaja.


Terbaru & sebenarnya kami baru perasan yang heroin drama Nur Kasih, Tiz Zaqyah sudah tidak aktif di laman sosial Twitter.

Tiz Zaqyah yang sebelum ini menggunakan handle @TizTizTiz pada mulanya menghilangkan diri selama beberapa minggu sebelum kini menutup akaun Twitter beliau sepenuhnya.

Namun jangan bersedih peminat Tiz Zaqyah di Twitter, Tiz Zaqyah kini aktif melayan peminat melalui laman rasmi Facebook beliau.


Bukan sekadar anda boleh berinteraksi dengan teks sahaja, Tiz Zaqyah juga aktif menghantar gambar melalui iPad beliau. We like.

Pasti ada yang kata, hek eleh, itu pun mahu kecoh. Ya, sebab itulah kami paparkan entry ini jam 1.30 pagi. Kepada Tiz Zaqyah, kembalilah ke Twitter, kami merinduimu.