fbpx

Rizal Ashram Mengaku Tiz Zaqyah Ajak Keluar, Fasha Sandha Berjoget Riang

“Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.”

Begitulah kata-kata Rizal Ashram yang kami copy pasta bulat-bulat dari Harian Metro hari ini. Kenyataan terbaru Rizal Ashram ini nampaknya akan menghangatkan situasi.

Tiz Zaqyah sebelum ini menyebut yang Fasha Sandha mengarut apabila menuduh beliau cuba menggangu hubungan cinta’nya dengan Rizal Ashram.

Mungkin kerana geram, Fasha Sandha memberikan lampu hijau kepada Rizal Ashram untuk mendedahkan segalanya. Mungkin.

Apabila tuan badan sendiri yang keluarkan kenyataan menyokong tuduhan Fasha Sandha terhadap Tiz Zaqyah, senang sudah jiwa raga.

Kita nantikan pula komen balas dari Tiz Zaqyah selepas ini. Masih menafikan atau mahu mula mengaku & menelan kepahitan yang di’cipta Fasha Sandha.

Update: Fizz Fairuz bersuara melalui mStar Online meminta Fasha Sandha jangan kaitkan namanya dengan agenda peribadi terhadap Tiz Zaqyah. Episod 2, action!

Update 2: Noh Hujan bergurau senda dengan Tiz Zaqyah dengan memetik laporan Harian Metro hari ini — “Patut la @tiztiztiz tak nak ajak aku klua.. Dia lepak 4 pagi. Time tu aku da tido..”