Dua hari berturut dengan kisah Tiz Zaqyah, bukan kami rancang.

Mungkin masa memang sesuai ketika ini, drama terbaru Tiz Zaqyah pun baru bermula di TV3 semalam.

Tiz Zaqyah melalui Facebook beliau berkongsi muka hadapan majalah Cosmopolitan di’sebelah (klik untuk tumbesaran sihat).

Ini merupakan pertama kali Tiz Zaqyah menjadi gadis penghias muka hadapan Cosmopolitan sejak bergelar aktress & selebriti. Dan, penampilan pertama ini tidak mengecewakan.

Mengenakan bandage dress berwarna merah jambu berjalur orange ala selebriti Hollywood, Tiz Zaqyah tampak lebih seksi dari kebiasaan. Tetapi bukan itu yang menarik perhatian kami. Konon.

Tetapi ayat penarik di’muka hadapan memetik kata kata Tiz Zaqyah, “Yes, I’m dating Prince Charming” menimbulkan persoalan.

Adakah benar Tiz Zaqyah kini sedang hangat bercinta? Dapatkan naskah Cosmopolitan anda apabila ianya berada di’pasaran. Surprise!