Jujur’nya, sebagai manusia yang hidup dengan makan gossip selebriti (melampau metafora), kami tidak tahu akan kisah Tiz Zaqyah ini.

Tetapi, tidak mengapa, kita tulis juga demi rekod untuk masa hadapan.


Murai.com.my semalam berjaya dapatkan kenyataan dari mulut Tiz Zaqyah sendiri berkenaan isu duduk serumah ini.

Pasangan drama Nur Kasih ini pernah di’katakan bercinta dan kisah mereka senyap setelah kisah cinta Tiz Zaqyah dengan anak seorang VVIP muncul.

Namun, terbaru, ada cakap cakap orang yang menyatakan percintaan Tiz Zaqyah & Remy Ishak masih berlangsung teguh dan mereka di’katakan tinggal serumah.



Tiz Zaqyah tidak menunggu lama untuk menyatakan yang kisah duduk serumah dengan Remy merupakan satu fitnah yang nyata.

“Saya memang berkawan dengan dia. Memang dia pernah datang dan melepak di rumah saya tapi bersama rakan-rakan lain.”

Bawa banyak bersabar ya Cik Tiz Zaqyah, mulut orang memang laju menyampaikan kisah sensasi yang tidak betul sebegini. Lumrah dunia hiburan. Telan sudah.