Tiz Zaqyah Hiasi Muka Hadapan Remaja Mac 2012 Dan Berita Lain Dunia Hiburan Hujung Minggu
Aktress Malaysia yang kini hangat di’pawagam dengan filem Cinta Kura Kura, Tiz Zaqyah bercerita tentang hobi beliau meluahkan perasaan melalui lukisan. Dan, pastinya tentang filem. – Remaja
Jennifer Aniston bakal mengarah sebuah siri filem pendek tentang kanser payudara bersama Demi Moore & Alicia Keys. – India Times
Sebagai tanda terima kasih buat peminat yang menjayakan jelajah konsert The Black Star Tour, Avril Lavigne lancarkan sebuah video klip untuk lagu Goodbye dengan berimej super sexy. – Daily Mail
Chris Martin dari kumpulan Coldplay berkata mereka mula menyesal memberi nama album terbaru mereka Mylo Xyloto selepas para peminat mula menyebut dalam pelbagai versi. – Just Jared
Universal Pictures baru sahaja melancarkan montaj pembukaan filem terbaru mereka bersempena dengan ulangtahun ke 100. Ini koleksi montaj pembukaan mereka dalam satu video. – Business Insider